Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 5, 2017

JIMBAAN KE SEREMBAN 2

Jauh berjalan gara2 nak berkumpul2 dengan kawan2
Sebab kawan aku yang jadi host untuk potluck kali ni  dah pernah sampai rumah aku di Batang Kali
So kali ni kira kunjungan balas aku la ke Seremban 2

First time aku pergi Seremban tau
Dah le tu aku la yang paling jauh lokasinya
Member2 lain majoritinya dari KL & Bangi
Sebabkan jauh.. kena la keluar awal kan
Bajet pergi awal boleh la balik awal kan
Aku pergi dengan gegirls je... Adib tak folo

Aku bertolak dalam pukul 10.30 pagi
Bajet2 sampai la pukul 1.. tapi sebabkan jem kat highway, kul 2 petang jugak le sampainya
Jauh jugak ye Seremban ni.. dah rope balik Ipoh😅

Sampai di sana, aku tetamu kedua yang sampai
Tak lama pastu baru la makin ramai
Tapi tu la...konon bajet kul 3 dah nak balik
Bila dah berborak tu tak sedo masa berjalan
Last2 kul 5 petang baru bertolak dari rumah kawan aku tu


Sementara tunggu yang lain2 sampai.. kita makan dulu
Perut tu memang dah kebuluran..



Antara juadah yang ada.. ni belum complete lagi
[Aku bawa puding jagung tu...🙊]


Antara kengkawan yang hadir...
Dah lewat2 baru ada lagi 2-3 orang lagi yang datang



Nasib la bawa Aleeya
Dia la jadi fotografer



Amira & Jasmin suka la melayan baby Umar
Semangat sungguh dia.. baru 3 bulan
Bagus juga deme main baby, mamanya boleh sambung borak mengilai2



Mengilai tak sedo diri
Tetiba pulak ada yang candid
Sabo je le...hahahahah



Sebelum balik tu ada sorang member aku bawa kek
Kebetulan kan hari tu birthday aku
Diaorang siap celebrate birthday aku sekali
Adoi... terharu aku... Tengs... kengkawan ku




Perjalanan balik pun jem jugak la sikit2
dan hujan jugak sepanjang perjalanan
Alhamdulillah sampai rumah pukul 7.30 malam

Tengah siap2 nak mandi & solat Isya, tetiba blackout pulak taman perumahan aku
Bergelap jugak lak 2-3 jam
Nasib la perut dah kenyang takde la gaduh nak makan2 pulak dalam gelap tu
Lagipun dah penat.. mata tu nak tido je..





Thursday, November 30, 2017

LAKSA SARANG

Benda dah berkurun viral
Aku je tak kesempatan lagi nak cuba
Biasa la.... aje gemo ketinggalan

Balik Ipoh baru ni baru la dan merasa makan Laksa Sarang
Kat Ipoh yang femes laksa sarang ada kat Taman Botani
Takpun kat Manjoi
Sebab Taman Botani tu jauh beno, try yang kat Manjoi je la
Kebetulan pulak singgah Mydin Manjoi
So dah dekat sangat dengan kedai Laksa Sarang ni
Kalau nak google tempat ni kome search je Laksa Saranghae Manjoi

Plannya nak makan kat kedai tapi ramai pulak orang
Last2 aku beli bungkus je la
Makan kat rumah lagi selesa
Nak2 pulak dengan kekanak kecik kan
Kalau tumpah ke, kena baju ke senang le nak cuci
Anak aku pesennya kalau makan , tak tumpah tak sah!

Ni dia rupa laksa sarang
Disebabkan kami beli bungkus idak le cantik presentationnya
Kalau kat kedai memang lawa nampak sarangnya dia letak dalam mangkuk


Ni versi nampak sarang
Sarang tu just telur goreng je
Digoreng sampai jadi macam sarang...



Tengah menikmati laksa...hehehe

Pada aku not bad la laksanya
Takde la sedap sangat
[sedap lagi laksa mak aku...hahahaha]
Tapi takleh blah la makan tang sarang tu
Banyak minyak.... last2 sarang tu aku letak tepi je

Nanti nak try yang kat Taman Botani punya pulak
[Dekat dah dengan rumah mak tiri aku...hahahahaha]
Next time balik Ipoh boleh singgah.




Wednesday, November 29, 2017

HARI ANUGERAH CEMERLANG ANAK²

Cerita backdated ni sebenarnya
Hari Anugerah Cemerlang ni dibuat minggu lepas
Minggu terakhir sekolah kan
Alhamdulillah Adib dapat jugak Hadiah Intensif
Dia dapat no 2 dalam kelas dia
[Hahaha.. malas2 kamu ni, dapat juga no 2 yer...]

Ni anak bertuah mama


Majlis dibuat di Dewan Dato' Abdul Hamid
Tak buat kat dewan sekolah
Nak lebih selesa agaknya
Bebudak lain yang tak terlibat direhatkan
Aleeya tak dapat apa2 anugerah so dia la yang teman aku pi dewan

Ekceli cuti tahunan aku dah habis dah pun
Tapi sebab nak meraikan anak2
Ku sanggup la ambik unpaid leave...
Kang kecik hati lak anak2 kan...


Masuk2 dewan dah berhias indah le pentasnya..


Sambil duduk tu baca la buku tentatif 


Tengok result Adib ni nampaknya tahun depan dia dapat naik kelas
Harap2nya dia makin tekun la belajo


Aleeya yang setia teman mama..



Adib tengah terima hadiah 
Dapat gambar belakang je le
Sebab mama duduk jauh juga kat belakang


Ni la hadiah yang Adib dapat
Jadi le untuk kenang2an


Sebelah petang pulak Majlis Anugerah di sekolah agama
Tapi Aleeya yang ada naik pentas
Adib tak dapat apa pun..

Tahniah Aleeya
Dapat anugerah Murid Cemerlang


Ni la hadiah yang Aleeya dapat


Apa2pun cemerlang ke idak, korang tetap anak2 mama
Dan mama always akan support korang 
Janji korang rajin belajo & dengar cakap mama...hehehehe





Monday, November 27, 2017

PENDAFTARAN / KEMASKINI BR1M 2018





PERHATIAN!!!!!


Untuk penerima2 BR1M yang layak, mulai 27/11/2017 dah boleh buat pengemaskinian maklumat & juga permohonan BR1M untuk tahun 2018. So sapa yang layak mohon boleh la memohon & yang masih layak terima BR1M sila kemaskini maklumat anda kalau nak dapat BR1M untuk tahun depan.

Permohonan & kemaskini boleh dilakukan secara manual [pergi ke mana2 cawangan LHDN @ UTC LHDN] dan juga secara online di laman web 





Tarikh Pendaftaran/Pengemaskinian Mulai 
27 November 2017 hingga 31 Disember 2017



Thursday, November 23, 2017

GRADUASI ALEEYA

Trend sekolah sekarang bila dah nak habis sekolah
Mesti ada graduation day kan untuk bebudak yang nak tamat sekolah rendah
Zaman aku dulu tak mandang le benda2 ni semua
Tadika je le kot merasa pakai jubah konvo
Pastu kalau nak merasa konvokesyen tunggu la habis belajo kolej ke universiti ke 

La ni jangan kata tadika, prasekolah
Tamat darjah 6, tamat tingkatan 5
semua dah merasa berkonvokesyen bagai

Isnin lepas sekolah Aleeya punya hari graduasi darjah 6
Tapi takde jemput parents pun
Bajet tak cukup katanya
Gambar2 pun courtesy cikgu kelas je le melalui group whatsapp

Majlis di buat kat dewan Dato Abdul Hamid
[dewan sekolah tak sesuai nak buat]


Ni gambar kelas Aleeya


Free style pulak



Dalam banyak2 gambar yang cikgu letak kat group
ni je yang ada gambar Aleeya
Ok la... Mama dapat tengok anak mama pakai jubah konvo☺


Aleeya & kawan2nya
Ada la jamuan untuk meraikan anak2 tahun 6 lepas majlis graduasi tu




** Hari ni keluar dah result UPSR. Pada semua anak2 yang ambil result, Tahniah!




Tuesday, November 21, 2017

PSRA : ALEEYA DAPAT JAYYID JIDDAN

Result PSRA dah keluar minggu lepas
PSRA ni kalau tak silap hanya Negeri Selangor je yang ambil
[PSRA = Penilaian Sekolah Rendah Agama]
Negeri2 lain mungkin lain nama ujian sekolah agama ni

PSRA ni lain tau dari UPKK
UPKK ni under JAKIM & hanya untuk pelajar darjah 5 [seluruh Malaysia]
PSRA ni pulak under Jabatan Agama Islam Selangor [JAIS] & hanya untuk murid darjah 6

Inilah result PSRA Aleeya
Alhamdulillah

-Gambo goyang sebab mamanya neves tengok result anak...hahaha-



Walaupun tak dapat Mumtaz, tapi Jayyid Jiddan tu dah bagus dah pada aku...
Zaman2 aku dulu aku ambil 4 Thanawi
Nak dapat mumtaz tu pun susah ya amat.. 
Dapat Jayyid Jiddan pun dah sujud syukur...hahahahaha
4 Thanawi i dapat JJ ye...☺



Gred2 PSRA ni:

MUMTAZ - CEMERLANG
JAYYID JIDDAN - SANGAT BAIK
JAYYID - BAIK
MAQBUL - LULUS
MUSSAADAH - PERLU BIMBINGAN
ROSIB - GAGAL [la ni dah mansuh.. diganti dengan Mussaadah]


Tahniah ye pada anak2 korang yang dapat result PSRA.

** Lepas ni tunggu result UPSR pulak.