Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 1, 2011

Chicken Chop & Hantu Kak Limah

Semalam ade ex-opismate aku belanja makan. Dah lama dah dia resign tapi baru kali ni dia berkesempatan nak belanja aku. So dia apply leave semata2 nak belanja aku & sorang lagi member aku. Aku pun apply half day jugak. Plan dah lama weh..

Memula kitaorang pi lunch dulu. Tak tahu nak arah tuju ke mana so member aku ni bawak gi Great Eastern Mall. [Aku kan fail jalan2 kat KL ni.] Dah orang nak belanja makan kan, so harus la pilih tempat2 yang luar biasa sikit. Kat sana kitaorang  makan kat The Cozy House Restaurant. First time jugak makan sini, so tibai je le apa yang teringin nak makan.
 Dah lama mengidam  nak makan so aku oder Chicken Chop  with gravy.
 Minum aku order Strawberry Milkshake.. sedap giler wa cakap lu!!!

Ni la orang yang bertanggungjawab belanja aku & member aku ..
[gambar skandal lama ek Kak Ana???]
Terima kasih Abg Zamri sebab belanja kitaorang.. Kenyang aku sampai sendawa berkali2. Kenyang sampai malam tau!!

Lepas melantak, masa banyak lagi so member aku ajak tengok wayang. Malas nak pi jauh2 so kitaorang gi Wangsa Walk jer. Ni 2nd time dalam hidup aku pegi tengok wayang. [First time dulu nonton citer Enchanted kat KLCC].
 Orang tak ramai pun kat sini.. memang selesa le nak menonton wayang. TGV lagi ....

 Sementara nak masuk ke panggung, kena tunggu dulu sebelum waktu tayangan bermula. Lepak2 kat sini dulu. Besar le tv tu kan.. Kalau letak kat rumah aku penuh satu dinding gamaknya..

Kitaorang nak nengok citer Khurafat tapi penuh la pulak. Last2 nengok la citer Hantu Kak Limah Balik Rumah.. Berdekah2 kitaorang ketawa. Tapi kan aku rasa citer Zombie Kampung Pisang lagi best dari citer ni.

Dalam kul 5.30 petang, aku singgah ke opis semula sebab barang2 tak hangkut lagi. Lagipun aku tak comolot lagi dengan member2 opis. Semalam kan my last day...  So lepas bersalam2 jemaah dengan depa semua, aku pun hangkut segala khazanah aku. Babai Wangsa Maju.. Ntah bila nak jejak lagi..

** Sedih becoz lepas ni no more Wangsa Walk, JUSCO, Carrefour dan yang sewaktu dengannya..

3 comments:

Hantu Kak Limah said...

khurafat mmng best...rugi x tngok..

munna said...

sedih woo... dah lama tak tgk wayang.. kat sini mana ada wayang .. jeles...

HaNa Hani said...

xpe...pasneyh dtg wangsa..aku blanje ko wyg k...adek mu neyh sungguh sangap ngan cite bru.,..haha