Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 22, 2011

Rahsia Surah Al Kausar

Assalamualaikum=)



Surah Al-Kausar merupakan surah yang paling pendek dalam Al-Quran. Hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Mekah. Al-Kausar bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya lebih putih daripada susu dan baunya lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur Nabi Muhammad SAW kerana surah ini diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya, Ibrahim dan bapa saudaranya, Abu Talib.

Walaupun surah ini pendek, terdapat pelbagai khasiat terkandung dalam surah ini dan boleh kita amalkan:

1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah makbulkan doa kita.
[elok sangat la time2 sekarang ni asyik hujan je]

2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya-Allah hilang dahaga.

3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10X, mudah2an Allah bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.

5. Jika membacanya 1000X, insya-Allah rezeki kita akan bertambah

6. Jika rajin membacanya, hati kita akan mejadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7. Jika orang teraniaya dan terpenjara,kemudian membacanya 71X, Allah akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

8. Jika membacanya sebnayak 7X sebelum tidur, Insya-Allah, Allah akan membangunkannya pada waktu dan jam berapa yang diingininya.

Perkara yang baik eloklah kita amalkan selalu. Wassalam

2 comments:

BabyIntan said...

thank you for sharing ;)

superelle said...

info yg sgt2 memberi manfaat..semoga Allah merahmati kamu ye...