Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 9, 2011

APA YANG MAMA SUKA??

Semalam masa dah landing2 atas tilam depan TV
sambil nengok citer omputeh kat TV
abah, Yaya & Adib pun dah landing sekali
so aku suh Adib baring elok2 sebab aku nak pakaikan pampers
[bila la budak ni nak diaperless malam2 ekkk?? kamu sudah 4 tahun tau!!]

Sesambil mulut menggonggong botol susu
aku pakaikan pampers untuk dia
Dah menjadi tabiat aku, kalau nak tidur
aku akan gomol Adib kat pipinya
kat Yaya pun ada gak aku buat tapi Yaya tak suka sangat

Adib kalau aku geram-geram [gomol kat dia]
bukan main  lagi dia ketawa..  geli +sakit la kot
sebab aku gigit pipi dia sekali
pastu aku tanya dia
 " Mak [panggilan untuk babysitter] pernah tak geram2 kat Adib?"
 "Takde pun"
 "Abis tu mak suka buat apa kat Adib?"
 " Takde apa2 pun"

Pastu sebelum tidur saje la borak2 dengan dia
Yaya dah berlabuh dah pun time tu.
Aku tanya la Adib:

 "Mama suka buat apa kat Adib?"
 "Mama suka geram-geram"
 "Lagi??"
 "Mama suka gigit bontot Adib" ---> pecah rahsia tabiat aku
 "Hehehehe... Lagi???"
 "Mama suka marah-marah"
 "Ceh!" ---> malas nak tanya lagi dah...

Gambar sekadar penyeri....

3 comments:

kakngah said...

stended... adief aku pun suka ckp camtu.. hihihi!!
kadang2 bila aku marah dia ckp.. 'awak jangan la marah2' terus tak jadi marah...

mama maman aka yana said...

Hhhhaaa... standed kot.. maman pun sama...:)

kurus said...

hahhaha budak2 .. mcm2 hal :))