Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 28, 2011

TAHUKAH KAU WAHAI SUAMI??

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir Tuhan dipertemukan dan akad nikah telah menyatukan kita.

TAPI... tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu, dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...




Kala kau tiada duit, bukankah magik David Copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak didalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek "Ada duit ke suami aku ni?" Dan tahukah kau di kala itu isteri sparekan duit untuk perbelanjaan suaminya??

TAPI, bila kau ada duit, wah!wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau, "Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus isteri menjenguk suaminya di sebelah, dikucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan.

TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi.. CISS!!!

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak dengan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur,  selagi kau tak balik selagi tulah mata tak boleh pejam.

TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat, esoknya pulak selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje..

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isterimu menggosok bajumu, apa yang sentiasa terlintas  di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?"

TAPI kau bila dah handsome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi..

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk setakat pelukan sayang sahaja, (bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali sekala & kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata, dia hanya tidur2 ayam sahaja.

Satu lagi wahai suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!! tuhan tu telah kurniakan 6,7,8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa  kat belakang dia, tak yah guna spy... dia orang musti tahu punya.

Pesanan untuk para suami dan bakal suami, jangan risau jika  tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yang soleh hanya untuk lelaki yang soleh... jadinya kalau korang sebagai lelaki tak soleh, jangan harap dapat bini soleh. Syukur dengan apa yang dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi BAIKKah korang  nak dapatkan perempuan yang baik???





5 comments:

Kak Aya said...

entry ni macam kelakar pun ada tapi penuh dengan maksud yang tersirat.

sekadar satu coretan said...

tumpang bace...sambil tengok bola ni...

sekadar satu coretan said...
This comment has been removed by the author.
Softtouch [Hanim] said...

bagus n3 nie...thanx 4 sharing

uncle gedek said...

Isteri selalunya bertindak sebagai 'super woman'

lelaki je tak perasan