Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 9, 2011

BONUS --> SAPE PUNYA??



Tahniah buat semua kakitangan kerajaan
sebab bakal menerima bonus Raya dalam minggu depan
setengah bulan gaji tu , atau  minima pun RM500
kayo..kayo..kayo... [dan2 rasa untungnya keje ngan gomen]
Tapi nak buat cemana zaman2 kegemilangan aku dengan gomen dah berakhir
sob..sob..sob..

Pagi tadi hot chat kat HOTFM pun dok sembang pasal isu bonus ni
Kalau bonus korang tu sape yang punya???
Selalunya kalau hasben punya bonus, mesti la bini pun nak kenen sama
macam tu jugak sebaliknya...
kunun-kunun Sharing is Caring la kan..

Tapi aku lak, kalau hasben aku punya bonus aku tak pernah sebok pun
sebabnya pada aku, itu bonus atas penat lelah dia bekerja
[cuma dah bersetuju certain amount tu untuk bayar hutang tertentu jer]
Yang selebihnya terpulang pada hasben aku
aku tak pernah mintak, tapi kalau dia bagi, Alhamdulillah.
[Rezeki jangan ditolak kan....]

As for me, dah lama aku tak merasa bonus [kompeni aku dulu kedekut kan]
so tak teruja macam orang lain
dapat duit raya RM50 pun dah syukur sangat
Bila dah biasa takde bonus, so malas nak berharap pada benda yang tak pasti
tumpang gembira je la untuk member2 yang dapat bonus
so aku berbelanja jelah  dengan duit gaji yang ada
itu pun dah cukup, Alhamdulillah.


** Aku takde bonus, tapi ada Bonuslink je, bleh???

No comments: