Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 23, 2011

TUGASAN YANG SUSAH

Assalamualaikum:)))

3 hari cuti berblog ko...
Ya-ampun ye pada korang2 semua sebab menyepi selama 3 hari ni
Semalam aku cuti, so blog pun cuti jugak le
[Aku malas buat schedule entry..ekekeke]

Masa aku cuti semalam, ada jugak yang ingat aku dah start cuti raya
Ko giler??? Bapak awal aku nak cuti
dah le cuti aku tak banyak, pastu ada keje lagi tak siap, kuih raya yang aku tempah pun tak ambik lagi kat opismate aku... [kuih tunjuk2 je aku tahun ni weh!!]
Opis aku dah bagi  cuti 2 hari minggu depan pun dah syukur 
[walopun kena tolak annual leave]

Sebab musabab cuti semalam ---> nak uruskan hal pendaftaran sekolah kebangsaan si Yaya
banyak songeh jugak ye bila anak2 nak sekolah ni
belum start sekolah kebangsaan pun dah macam2 hal
time dah sekolah nanti tah apa hal la pulak
Pagi semalam dah terpacak kat pondok guard kat sekolah kebangsaan tu
Lepas ambil pas, pi la office sebab nak submit borang bagai
dah le nak kena bawak surat beranak yang ori lak tu
 [tah berapa kali cop pun aku tak tahu le]
alhamdulillah, semua dah settle semalam.

Lepas pi sekolah, terus pecut kereta pi JUSCO  Wangsa Maju
[tempat ni je pun yang aku selesa nak pegi]
aku tak main la Mid Valley ke, Pavilion ke, KLCC ke
sebabnya-------> aku tak reti pegi sana
lagipun golongan marhaen lagi kedekut macam aku
itu je la tempat yang sesuai...hehehehehe
Nak turun Jalan TAR ke, Masjid India ke kirim salam je la
tak kuasa aku nak bersesak2, berpusing2 kat KL nun

Tujuan ke JJ ni adalah nak melaksanakan tugas yang amat susah untuk aku
sebabnya hasben aku dah bagi amanat ni kat aku
SURUH BELIKAN T-SHIRT RAYA UNTUK DIA
[mentang2 la aku cuti.....]

[gambo gugel je... bukan t-shirt ni yang aku beli]

Aku tak tahu le korang senang ke tidak membeli baju untuk suami
kalau kita yang hadiahkan tu lain le
ini dia yang mintak aku belikan
walaupun taste laki aku tu aku tahu sikit2
tapi spesifikasi yang laki aku nak tu agak menyulitkan
nak murah dan lawo dan branded dan ada kolar dan takde kolar [2 t-shirt lak tu dia suruh aku beli], dan nak ade belang lagi, nak kain yang tak panas, bla..bla..

Kat bahagian lelaki tu, terus belek kat tempat yang ada diskaun je
10% -20% tak main le
Asyik tengok part yang 50% ke 70% je [bajet seh!!!]
Sejam lebih jugak aku berlegar2 kat situ
orang pun tak ramai so senang nak nak jenjalan.. tak crowded
Sambil tangan selak2 baju2 yang bergantungan
sambil mulut membebel2 nak pilih yang macam mana
Aku ingatkan aku sorang je camtu, rupanya ramai bini2 kat situ dalam dilema cam aku.. heheheh
Macam mana aku tahu???? Sebab semuanya membebel sorang2 cam aku...

Lepas penat membelek2 & kaki aku dah naik lenguh
Yang mana aku berkenan nak belikan, aku gantung depan sekali
pastu aku tengok dari jauh.. kalau mata aku asyik2 terpandang2 yang tu
aku beli yang tu je lah... itu pun ulang2 kali nak buat
[dalam hati berdoa semoga hasben pun suka dengan pilihan aku]

Finally, dapat beli 3 t-shirt [walopun dia suruh beli 2 helai je]
Bila balik terus tunjuk kat hasben & guess what dia pun suka
[ada belang2 of kos la suka...]
tapi tak tahu le pulak kalau di mulut kata suka, tapi di hati kata tah apa2
kot2 nak menjaga perasaan bini dia yang sensitip ni... 
[aku ni kalau dengan hasben aku cepat emo sikit]

Ada lagi tau benda yang aku shopping
Nanti aku sambung ek..
letih la menaip ni...


No comments: