Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 27, 2011

BARU 14 TAHUN DAH 4 KALI GUGURKAN ANAK

Dahsyat tak remaja zaman sekarang?? 
Bila baca paper semenjak dua menjak ni naik seram  bulu roma dengan keberanian ekstrem budak² ni.
Dengan buang anak, bunuh anak, campak anak, seks bebas, bunuh mak bapak, dadah.. dlll
Kadang² dah naik cemuih baca suratkhabar yang asyik laporkan berita² macam ni.
Tapi kalau tak dibaca, langsung tak tahu perkembangan semasa.



Pagi tadi masa dengar berita kat HOTFM, terkeluar berita pasal budak 14 tahun yang sorok mayat bayi bawah katil. Itu pun sebab dia bleeding, bapa dia bawak gi hospital. Tup² rupanya sebab baru beranak. Sepanjang pregnant duduk dengan mak bapak, tapi mak bapak tak sedar ke perubahan anak tu??? Yang paling megejutkan, rupanya sejak budak tu berumur 13 tahun, dia dah pernah gugurkan anak sebanyak 4 kali... Pergh......... gilos...


Seawal umur 13 tahun dah terdedah dengan aktiviti macam ni. Sedangkan aku masa 13 tahun dulu hidup dengan riang ria dengan kengkawan sebaya. Tak terdedah langsung dengan gejala² macam ni. Even though sebagai remaja kita selalu curious tentang sesuatu, tapi kena la jugak berfikir buruk baik benda yang kita nak lakukan. 

Remaja zama dulu, sejahat mana pun tak le sejahat budak zaman sekarang. Macam aku duduk asrama, kena ragging dengan senior biasa la. Tapi pada aku tak le seteruk & seganas budak sekarang yang macam gangster sehingga membawa kepada pembunuhan. Adoyai.. Kemana la peginya jatidiri anak² muda zaman sekarang. Yang pasti, majoriti itu adalah berbangsa MELAYU dan beragama ISLAM... Sedih kan???

Cabaran sebagai ibu bapa zaman moden, bagaimana membentuk keperibadian & jatidiri yang kuat pada anak²kita? Jom share sama² yer... 

11 comments:

attyfir said...

salam..kty ada dgr gak pagi tadi..masyallah..tak cukup umur dah pandai buat mcm2..semoga tidak terjadi pada anak2 kita.amin.

Cho Zila said...

terbaca gak tadi dalam kosmo.. menggerunkan yerk.. takder perasaan langsung budaktukan.. teruk sesangat dah tu...

Kakzakie Purvit said...

Bila dlm kecelaruan macam-macam sanggup dibuat. Sayangkan dlm usia terlalu muda dah rosak. Mak-ayahnya bagaimana rasa..

Qhaifa Nur said...

mudahnya mereka melakukan tapi jangan lupa pasti ada balasannya....

SYANI said...

Kak Atty,
Tu la kak, kita yang ada anak perempuan ni risau dibuatnya...

SYANI said...

Cho Zila,
Tu la.. memang jenis berani la budak tu.. Dahsyat!!

SYANI said...

Kak Zie,
Mesti hancur luluh perasaan mak bapaknya tu. Nauzubillah anak kita jadi camtu kan??

SYANI said...

Qhaifa Nur,
Budak zaman sekarang tak fikir kesan dan akibatnya akan datang..

Mr. Z and Mrs. Z said...

hhmmm...dnia dah nak akhir zaman...

azhariahzuber said...

budak2 skang advancenya terlebih. masa kat sekolah, bleh kata budak2 tahun 6 semua reti pakai pad

Aty Fared said...

perrgghhh...yang ni memang giler... budak2 zaman sekarang sangat advance.. saye dulu dah nak kawen baru tau semua tu..tu pon sebab dah nak kawen...tp budak sekarang susah nak jangke..*sigh.. risau sangat