Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 25, 2011

KONVO UiTM, SHAH ALAM - PART 2

Lepas je mak ayah aku masuk dewan, kami yang diluar di beristirehat le bawah khemah yang panas tu.Kat bawah khemah tu depa letak le banyak TV LCD untuk kitaorang tengok aktiviti dalam dewan.Yang tak bestnya, takde pulak depa letak skrin yang besar macam dulu

Dah le panas [walopun ada kipas], mengantuk lak tu
Berkuap² duduk bawah khemah, akhirnya hasben aku ajak pi jenjalan kat ekspo konvo
Tak le jauh sangat dari Dewan tu.. kat tepi padang tu jer.. 

Memandangkan sekarang kan musim hujan, tu yang padang tu agak berlecak
Bila dah berlecak, tentulah ada bau² yang kurang menyenangkan
Bau cam kat bendang pun ada sampai Adib asyik tutup hidung
BUCUK!!!! [Adib yang cakap]

Kat gerai² tu pun bukannya jual apa sangat. 
Yang paling banyak pun jual bunga & juga studio untuk gambar² grad.
Tak meriah sangat la compared dengan last time aku datang

Pusing punya pusing, last² kitaorang lepak je bawah pokok
At least redup & berangin sikit dari bawah khemah tu
Hilang le peluh celah² ketiak tu kan
 View Dewan Konvo dari tempat per'lepak'an kitaorang
Sekali tengok gambar ni macam ilustrasi pelukis kan???


 Tengah berehat² mengambil udara segar..
Sib baik ada kerusi, boleh duduk dengan selesa
[oh... my chubby face..]
My bodyguard lak berdiri macho sambil cuba mengempiskan perut boroi


 Abah sudah kena.....
Untuk mengelakkan anakanda mengaruk, terpaksa hadiahkan belon ANGRY BIRD yang mencekik darah tu... 7 hengget tau.. gilos!!!



Anakanda dengan ANGRY BIRD hijo....

Kalau dah adik ada, kakak pun nak kena ada jugak la kan
Nak tak nak melayang lagi RM7 beli Angry Bird kaler merah untuk Yaya

Lepas main² lebih kurang, aku ajak Acik gi tempat lain
Gi makan ke, shopping ke... nak tercongok kat situ pun mau 2-3 jam lagi
Dari membiarkan diri makin berlengas, baik le kita pi tempat ekon.. Jom!!!
Pakat naik sebiji kereta je.. tak yah susah² buang masa & tenaga
Akhirnya decided naik BMW aku je.... eceh..ceh.. silap... BLM jer...

Memula nak ke tempat parking BMW.. BLM, kena redah stadium da...
Sayup je dewan tu.. punya la jauh kami menapak

Keadaan dalam stadium.. sape nak joging boleh la
tengah lengang time ni

Lari Adib lari.... kena kejar dengan Angry Bird
suka la si Adib kalau dapat lepas bebas camtu

Model² catwalk di trek..hehehehe
Basah lencun belakang baju dibueknya..
Panas terik sampai sakit bijik mata aku
[dah le tak bawak shades]

Nak tau mana kami pegi??? 
Aku sambung nanti..

No comments: