Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 14, 2011

MAMA , TIDURLAH DENGAN YA

Walaupun romah aku 2 tingkat
Walaupun romah aku agak luas
Walaupun romah aku ada bilik sorang satu
Tapi kami anak beranak tetap jugak nak menyendat tidur kat ruang tamu

Pasaipa??? 
  • Senang nak pi bilik air malam² [bilik air kat rumah aku ada satu je kat dapur]
  • Senang nak hangkut anak² ke rumah opah & babysitter tiap² pagi [tak payah turun naik tangga banyak kali]
  • Dapat tido sejuk² dalam ekon tiap² malam [bilik belum ada ekon lagi]
Sebenarnya asal usul tido bawah tu sebab malas turun naik tangga tengah malam every time nak bancuh susu anak masa anak² aku baby dulu. Dah le mengantuk, jauh la pulak nak menapak turun naik tangga [dasar mak pemalas]

gambar hiasan jer..


Memandangkan dah tido bawah je kejenya, masing² memang dah tau kedudukan pembaringan kitaorang. Selalunya susunan tido kitaorang --> YAYA-AKU-ADIB-HASBEN
Tapi 2-3 hari ni macam dah berubah sikit sebab aku selalu tertidur dulu 
[terlelap sambil nengok TV]
So susunan 2-3 hari ni dah jadi cemni --> YAYA-ADIB-HASBEN-AKU 
Kengkadang jadi camni ---> YAYA-HASBEN-ADIB-AKU
[kiranya aku la tepi sekali sebab selalunya bahagian tengah tu anak² aku suka bergumpal, bergusti, bergolek sebelum tidur]

Malam semalam, Yaya cakap kat aku:
Yaya : Mama, tidur la sebelah Ya
Aku :  takpe la, jap lagi mama baring le sebelah Ya, Mama nak tengok TV ni kejap [padahal aku dah baring kat tepi sekali]
Yaya  : Mama tu tipu, asyik nak tidur sebelah abah jer
Aku  : Apa salahnya?? Biar la mama tidur dengan abah pulak. Yaya tu dah le tidur buas.
Yaya: Mama tidur la sebelah Yaya. Yaya tak nak tidur sebelah abah
Aku : Kenapa pulak? Mama ke abah ke, kan sama je
Adib : Adik tau kenapa kakak tak nak tidur dekat abah, sebab abah bau busuk rokok!
Aku : Kah! Kah! Kah! [sambil alih tempat tidur ke sebelah Yaya]. Kiranya Adib sorang le yang tahan bau abah tu kan sebab Adib je suka tidur sebelah abah ...
Adib : Erm...


** Bang, nanti pasang ekon dalam bilik... dah sakit pinggang tidur atas tilam nipis tu..

2 comments:

ajumohit said...

Samalah kita hihi

sw33tdarling said...

kami pun tidur satu bilik berempat.. eh satu bilik? correction, 1 katil berempat... ni nak tambah lagi sorang, saya dah perli hubby awal2.. nanti sewa bilik sebiji sudah, jimat belanja sbb tak pakai pun bilik lain... hahahahaha