Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 14, 2011

AMARAN PUSAT RACUN NEGARA : JANGAN GUNA MINYAK MASAK LEBIH DARI SEKALI

Pernah dengar pasal isu ni tapi takde kesahihan waktu tu
Sekarang dah sahih.... kenalah  ambil perhatian
[aku selalu beli brand ini]


PETALING JAYA (13 Disember 2011) : Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang  digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Pakar Runding Pusat Racun Negara, Dr T. Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.

"Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati."

"Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak masak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang, " katanya ketika dihubungi The Star.

Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd, yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati  apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram. 

"Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat", kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.

Sumber : Mstar Online



** Takut pulak bila dengar berita cenggini. Minyak masak dah le mahal pulak tu. Pasni kena kurangkan penggunaan minyak dalam masakan & jimat cermat dengan minyak masak yang digunakan..

** Betul ke minyak masak yang dalam peket tu, minyak masak 2nd hand yang telah digunakan dari hotel2 & restoran2 mewah? 
[Ni jiran aku yang keje chef kat hotel Genting Highland yang cakap]

Boleh jugak refer DISINI

[sumber: informasikini.com]

** Ate, kalau kita beli goreng pisang tu dah berapa kali deme recycle minyak masak  tu gamaknye yer??? 

8 comments:

mrs.ecam said...

uish yeke...huu camne ek...sye ni jarang msk...wanita berkerjaya la katakn...ceh padahal mls nk msk...so bli jek...kt kdai mkn tu pong x kn la die gune mnyk msk skali jek kn...rugi la derang...uhuhuhu
mkn rebus2 jela psni...heeeeee

Eliss said...

tapi kalo cap apa ntah, alif tak silap.dia siap tulis, selamat digunakan dua kali :p

SYANI said...

Mrs Ecam,
Tu la kan.. kena kurangkan makanan bergoreng la..

SYANI said...

Eliss,
Ye ke?? Tak tahu pulak. Yang tahu Seri Murni pemeringkatan 2 kali jer..

dalila said...

lepas ni dah masak kena buang terus minyak la.... takut la benda2 camni mggungu kesihatan

Aty Fared said...

saye tak suker beli dalam paket..sebab minyak nyer macam tak berape elok..senang takung minyak kalau goreng ape2..lepastu minyak cepat kotor..tapi eerr..minyak kene pakai sekali jer ek lepas ni..hurrmm.. risau gak bab2 kesihatan ni kan...

sisdee said...

huh..ngerinya..kdg2 minyak yg kita guna tu still elok dan putih lagi sbb skdar goreng kopok apa le sgt kotornya kan emmmmm

|| NaFiRaa || said...

gulp!! biar betik!!! takutnye!! terkejut berganda nih!!!

memula terkejut pasal kesahihan minyak masak x leh guna berulang kali.. sebab ai suka guna minyak masak ulang2 kali..huhuhu..

pastu terkejut plak pasal minyak masak dlm peket tuh minyak kitar semula..sebab ai pakai minyak masak dlm peket tuh..
aduhaiiiiiii..takutnye!!