Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 3, 2012

MARRYBROWN LAGI!!!

Lepas je Yaya habis orientasi, aku ajak hasben aku singgah lunch kat Marrybrown (MB)
Memula ingatkan nak ke KFC tapi tekak aku cam dah jemu ngan KFC lak
Disebabkan aku memula ajak hasben ke kedai PASARAYAKU [konon nak cari tudung]
Tapi tudung satu pun aku takde berkenan... akhirnya cuma beli sehelai T-Shirt sekolah untuk Yaya je
dan MB tu adalah satu deret dengan PasarayaKu tu, so ajak je dia ke MB je

Lagipun sejak dapat bonus 6 angka hari tu, belum sekali lagi belanja kami anak beranak makan
So kali ni hentam la makan apa nak kat MB tu...[sekali sekala ye dak..]
Bukannya mahal pun untuk kami 4 beranak.. tak sampai RM50 pun..

Anak2 aku paling suka kalau pegi MB sebab ada tempat main
Dah 2 kali pegi sebelum ni tapi tempat main tu belum buka lagi
Kali ni pegi memang teruja la depa nak main
Makan pun cepat2 je sebab aku cakap, kalau tak makan tak leh main
Lepas kenyang, Yaya & Adib pun apa lagi, terus meluru kat bilik permainan tu
[elok pulak seat kamiorang kat sebelah bilik main tu jer..]



Memula tu ada gak 2-3 orang yang main. Tapi pastu tinggal depe berdua je. Bukan main le deme konker bilik tu. Nak2 pulak kalau main kat bola2 yang banyak tu. Sampai berenang2 di celah2 bola.. Hehehehe..

Adib siap sondol bola dengan kepala hangit dia tu..Heheh.. Makin hangit la kepala ko, dik!!!

3 comments:

- dieyana - said...

sedap eh marry brown? tk penah makan....sesekali mkn2 with family, apa salahnya kan...yang penting anak2 seronok, mak anak seronok sama..ihkhihk

dalila said...

dah lama x makan MB.. rasa2 dkt 8 thun.... dlu dok makan kat SP Plaza... hhee

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

bonus 6 angka tue yg best hehe