Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 30, 2012

I AM SO BEWITHCHED

Tak tau la korang pernah tengok citer ni ke tak
Kalau movie tu maybe la korang pernah tengok 
[yang Nicole Kidman berlakon tu]

Citer ni aku layan masa aku memula mengandung Yaya dulu
[dulu duduk kat rumah mak aku , senang la nak layan ASTRO]
Sejak dah duduk rumah sendiri ni dah tak layan dah
Kalau teringin nak tengok, aku tengok kat youtube je
Best tau citer ni..

Citer ni citer pasal Samantha yang merupakan seorang witch tapi kahwin dengan manusia biasa. Cute sangat bila dia goyang2 mulut dia tu. Citer ni start dari memula dia kawin sampai la dia beranak pinak. Tapi start dari season 3 kot, watak Darrin [suami dia] dah tukar dengan orang lain, so cam tak best sikit.  

Suka dengan Samantha sebab dia  lawa sangat. Mak dia si Endora tu pun best gak [walopun mekapnya dahsyat beno tang mata tu]. Tapi bukan nak kata la, orang zaman 60-an ni ramai yang cantik2 kan..Ala2 natural beauty. Nampak feminin gitu! Zaman la ni je ramai yang 'plastik' kan??

KELAUT

Hari ni takde mood nak buat entry
Perut tak sedap dari pagi tadi
Nak kata salah makan, pagi tadi minum Nescafe cicah biskut kering ke

Bila perut tak sedap ni serba serbi rasa tak kena kan???

Wednesday, August 29, 2012

OPPA GANGNAM STYLE -- KONSERT VERSION LAGI BEST

Terjebak jugak la aku dengan Gangnam ni
Kalau ikutkan dah lama dah nampak perkataan Gangnam ni [kat fb la banyak]
Tapi masa tu tak tahu fenomena Gangnam ni tengah melanda
So aku buat dek je la...

Dah tengok video clip tapi tak tahu la apa yang best sangat
Tengok parody pun so-so je la
Tapi bile tengok consert @ live version dari PSY ni
not bad la juga... rasa enjoy tengok 
[even tariannya adalah agak "ngok" pada aku]



Memang rasa nak joget sama la pulak
Tapi tak boleh la kan... kang tak pasal2 tercicir lak anak aku..heheheheh

BABY BLUES - WEEK 11

Saya gatal pi sign up kat website baby center untuk tengok baby progress
Gedik kan??? Ye la, dulu masa preggy 1st & 2nd mana ada blog lagi
Bila dah ada blog ni, menggatal la semua nak citer kat sini

Diam tak diam dah 11 minggu dah anak aku ni duk dalam perut
Tapi alahan aku makin menjadi2 lak
tapi bak kata adik Pija SitiSifir, alahan tu elok sebab menandakan baby kita sihat
so terima saje la seadanya... harap2nya akan bertambah pulih dalam 1-2 minggu lagi


** Asyik kembung je dua-tiga hari ni...

** Next week baru nak pi bukak buku PINK..

WW 2012 #35

Cubaan menayang perut buncit.
Nampak tak perut aku???

Tuesday, August 28, 2012

KENDURI KAHWIN KAZEN @ PANTAI REMIS

Hari Raya kedua baru aku balik Ipoh
Hari Raya ketiga balik kampung hubby kat Paris PARIT jew
[dah 3-4 tahun kot tak pi Parit tu]
Raya keempat balik kampung aku pulak kat Pantai Remis, Perak
sebabnya nak attend kenduri kawen sepupu aku

Mak abah aku lepas subuh dah bertolak balik Pantai Remis
Aku & adik beradik aku gerak lewat sikit
[ye la kan, masing2 nak mengisahkan anak2]
Acik & wife je tak ikut balik sebab deme dah ke sana semalamnya
[lagipun dia nak ambik kunci rumah baru dia hari tu]

Kami bertolak dalam pukul 11.30pg
[tak le jauh sangat dari Ipoh... dalam sejam setengah sampai le kampung aku tu]
Malas ikut highway sebab takut jem, so kami ikut jalan Parit-Beruas-Pantai Remis
[jimat sikit tak yah bayar duit tol]

Dalam kul 1tgh kami pun sampai
Panasnya usah citer la... orang pun dah tak berapa ramai dah
Sampai2, salam la dengan sedara mara yang ada, terus gi makan
[Lapo weh.. sebab pagi tu makan nasi lemak je kot]
Lauk pauk kenduri tu takde la grand sangat TAPI serius SEDAP kau...
Aku ni pulak sejak habis pose, cam kemaruk makan nasi pulak
& tak pernah2 aku buat perangai gi tambah nasi kat kenduri kawin
Yaya & Adib pun makan habis gak... maybe sebab lapo kot

Yaya kalau dah join dengan Mak Teh & Mak Su dia, memang asyik bercamwhore je la...



Kami parking kat rumah pak sedara aku yang setentang dengan rumah arwah nenek aku
[Pak Uteh buat kenduri kat rumah ni sebab kawasannya luas & lagipun buat masa ni Pak Uteh & family yang stay kat rumah pusaka tu]
Kena lintas jalan dulu... 


Habis licin pinggan makan nasi... lauk simple je tapi sedap

 Ni anak sedara aku- Humaira [anak Angah] dengan  Tok Su dia. Tok Su tolong dukung sebab ibu dia nak makan...

Lepas makan2 kami lepak dalam rumah dulu.. Panas siot kat bawah khemah tu. Dah le kipas tak berfungsi kat khemah yang kami duduk tu. Makan la dalam kepanasan.

Si Humaira suka la dapat lepas bebas dalam rumah.. 
Ni pelamin sempoi kat dalam rumah [takde sanding2 ok]

Lepas lepak2 sejam dua kami pun nak gerak balik ke Ipoh
Ingatkan nak pi beraya rumah babysitter Adib kat Sg Tuntung tapi sebab badan dah penat & cuaca yang membahang, terus buat aku takde mood nak pegi raya. Masuk kereta pun rasa cam masuk dalam oven. [Ini la bahana kereta kaler hitam luar dalam.. ish..ish..]
Mak & adik bongsu aku... Manje banget la tu...

Bye, nak balik dah!

Sementara lai aku dok panas enjin kereta & keluarkan wap2 panas.. lepak2 dulu depan rumah Pak Su.. Nasib la ada kerusi kusyen
 Tah apa la si Adib ni cakap.. Aku dah barai dah masa ni.. letih beno rasanya badan..
 Abah aku ni tengah panas pun nak posing gak..

 Apa punya pesen la Adib oi..

 Family aku.. [tapi tak cukup korum pun..]

On the way balik Ipoh.. Yaya dah cabut tudung dah.. panas katanya...

Kami sampai Ipoh pun dah dekat pukul 6 petang. Malam tu pulak pakat nak makan Domino's Pizza. Mementang la kedai Domino's tu dekat dengan rumah mak aku.. Alhamdulillah, 6 keping pizza dah selamat dikendurikan malam tu... Tapi tak puas kan makan pizza, nak kena makan nasi jugak!

MOTIVASI PAGI

Baru nak warm up pepagi ni
Dah le tadi hujan lebat gile kat sini
[tempat kome hujan lebat tak???]

-share dari fb-

Monday, August 27, 2012

RAYA KAMI... LAGI

Selagi tak habis gambar raya.. selagi tu tak tepek
Tahun ni gambar raya 4-5 keping ni je la yang aku ada pun
Gambar2 dengan family Cik Besah langsung nan hado tau
[tak boleh la kome nak tengok ke"vogue"an Cik Besah tawwwww]

Pasrah je la dengan muka moody si Yaya tu
Tah apa yang dia rajukkan pun aku tak tau
[Ada la tu yang tak kene di hati tu]

 My hubby & kids...
 With my little boy
 With my moody doter
Muka Yaya kena paksa tangkap gambar dengan Adib..hehehehe
[kecik2 dah rebel.. ikut perangai sape la tah]

Ok habis dah gambar raya
Nak baut entry pi kenduri lak pasni..

RAYA KAMI

Semua dok tayang baju raya yer...
Aku pun taknak mengkalah dengan kome
Ini la rupa keluarga kecil aku di hari raya pertama
Mama & Abah steady la tangkap gambar
Yaya tengah merajuk.. tu muka masam je
Adib pulak tak duk diam.. akhirnya bertinggung lak
[Ini je la pun gambar terbaik yang ada]

Yaya ekceli ada tudung sedondon kaler biru cam tudung aku
Tapi sebab buat peel lak, dia sarung je tudung hitam putih tu
Sabo je la...

LAST DAY OF RAMADHAN

Seminggu meninggalkan blog ni rasa cam dah lama sangat
Banyak mende nak citer sampai tak tahu nak tulis mana dulu
Ooops.. orang lain dah nak habis citer raya, aku citer bulan pose pun tak habis lagi.

Hari terakhir bulan Ramadhan tu, masing2 dok pakat sebok la nak merendang la, mengketupat la, mengnasi impit, mengkuah kacang, melemang la dan yang sewaktu dengannya la kan. Sama la jugak dengan aku & family Cik Besah.. Tahun ni turn aku beraya dengan Cik Besah dulu, so preparation banyak buat kat rumah Cik Besah la.

Tapi dalam dok sebok2 tu, sempat lagi la insan2 yang tak berpuasa ni menghadap roti canai
Bau kari & kuah dal cukup2 menggoda tau
Sampai berkeriut2 perut aku dibuatnya...
Nasib la kedai mamak bukak 24jam, tu yang biras aku pi beli roti canai kat Adib & Syahir

Siap pekena air ribena ko.... Sabar la wahai iman aku...

Makan tanpa rasa bersalah.. padahal si Adib dah janji hari last nak pose
[pastu tengok si Syahir makan, dia pun join sekali]

Friday, August 17, 2012

SURAT UNTUK ABAH

Sedih pulak bila baca blog EYRIQAZZ pagi tadi
Sebabnya one of his blogger friend disahkan ada Lung Cancer Stage 4
[La ni dia pun dah start muntah2 keluar darah]
citer lanjut korang boleh baca kat blog EYRIQAZZ ye.

Tapi part yang paling touching, bila anak dia tulis surat pada abahnya
Forward kat sini la sebagai tatapan untuk korang semua

* Buat tatapan hasbenku sayang, jangan sampai anak2 kita pulak tulis surat camni kat abang ye..

ZAKAT FITRAH...DAH BAYO!

Salam Jumaat semua ... rasanya ramai yang dah selamat sampai kampung masing2 kot
Yang dalam perjalanan pulak, selamat menempuh jem ek..
Aku je  [dan beberapa kerat yang lain] yang masih setia bekerja 
Ni pun semua mood kerja dah ke laut sebenonya... mood raya dah semuanya..

Tahun ni lewat sikit bayar zakat fitrah
Tapi alhamdulillah semuanya dah disetelkan petang semalam
[my laling la yang bayarkan pun]

Ada ke yang tak bayar lagi zakat fitrah???
Sempat lagi nak bayo asalkan sebelum start semayang raya..

Thursday, August 16, 2012

ALAH BAU

Time preggy ni macam2 bau yang dah jadi elergik
Dulu suka sekarang tak suka
Perfume yang berlambak2 atas meja tu pun aku dah jarang pakai
Aku pakai bedak ngan deodoran je
Tetiba semua perfume aku rasa pening

Kadang2 tah apa2 bau pun buat aku jadi pening
Yang paling aku elergik sekarang ni bau kencing kucing
[abang, pls do something about kucing2 tu semua... ]

Untuk melegakan bau2 yang memeningkan kepala ni
Secara senyap2 aku akan cium bau pencuci lantai  ni
[dulu aku tak suka sangat tapi la ni benda ni aku cari sebab nak cium hari2]
Dulu aku simpan benda ni dalam kabinet
La ni aku letak kat luar je.. senang nak capai kalau aku nak bau
Tapi cium kejap2 je.. takleh lama2 nanti makruh pose..hehehehe


Wednesday, August 15, 2012

DAH HANTAR DAH

Setelah terperam atas kerusi selama seminggu lebih
Pagi tadi dah selamat hantar ke
KEDAI DOBI
** Lepas raya baru aku ambik...

WW 2012 # 33

-pinjam gambar dari www.resepiibundo.blogspot.com-
[kebetulan lak sama dengan menu kami]

Sebab bangun lambat pagi tadi, ini la sahur aku & Yaya
Laki aku je makan balance kuih bukak pose semalam

Tuesday, August 14, 2012

WAJIB CARI RAYA NI

La ni kuih tradisional yang sedap cam dolu2 susah sangat nak cari
Aku tak meronda lagi gerai2 jualan yang dah semakin banyak kat area rumah aku
Nanti la lagi 2-3 hari sebelum raya baru pi shopping kot
Bukan nak beli apa pun, cuma nak cari kacang & kerepek2 je
Kuih raya yang ada cukup la kot untuk rumah aku setakat ni

Tapi kalau boleh nak cari juga kuih tradisional yang jadi feveret aku dulu
[Lamanya tak makan... sejak arwah nenek aku dah takde ni]
Selalunya makanan2 ni semua WAJIB nenek aku sediakan sempena raya 
sebelum anak cucu balik beraya.

 Buah rotan
 Kacang botak

 Kuih siput

 Kuih karas

Kuih loyang

Selain tu disebabkan aku suka beno makan, nenek aku memang akan beli kuih bahulu & putu beras
Sampai satu tong kadang2 nenek aku beli..hehehehe
La ni takde sapa nak sediakan dah... pandai2 la cari kalau nak makan
Rindunya kat arwah nenek aku
[Dah 5 tahun dah nenek aku kembali ke rahmatullah... Al-fatihah ]

Monday, August 13, 2012

RAMBUT RAYA SO COOL COOL

Baju raya dah ada, tudung raya dah ada, rambut raya baru je buat semalam
Eh... bukan aku tau, tapi anak dara aku si Yaya tu la
Dari minggu lepas dok ajak pi salon rambut
Dia kata nak potong rambut..
Nak potong rambut cam lagu so cool cool tu
Nak rambut so cool cool biru lak tu..
[Pengaruh K-Pop la tu.. ish..ish..]


Rock it like Sistar, Rock it like Sistar
I feel so cool cool cool
[lyric lagu Sistar ni.. pi la cari kat youtube]

Ni la kumpulan Sistar tu.. Rambut Yaya nak yang baju biru tu la
Jap aku zoom sikit

Ni la rambut idaman si Yaya
Nasib la rambut Yaya tu lurus, boleh la nak buat camtu lebih kurang
Tapi kalau main dengan malas sikat rambut, rambut tu jadi kejung je
Jenuh kena marah hari2 sebab sikat rambut cincai 
Memang tak jadi so cool la itu macam kan..


** Dah selamat potong kat salon amoi petang semalam..hehehe

DUIT RAYA DULU, DUIT RAYA SEKARANG

Semalam sementara menunggu waktu buka pose
sempat la menyembang2 dengan beberapa orang jiran tetangga
[Cik Besah ofkos la join sekali ... dia kan pengerusi..]


Pastu cerita la perihal anak2 masing2
especially peel & karenah anak2 sempena nak raya ni

Pastu termasuk la citer pasal duit raya anak2
Bukan pasal berapa yang diaorang mintak, tapi nak beli apa dengan duit raya


Kalau dulu, budak2 selalunya kalau dapat duit raya mesti nak beli beskal la, barbie doll la, video games la. Tapi aku ni seingat aku jarang menyimpan impian nak beli apa2 guna duit raya pun. Paling2 pun aku bagi mak aku suh simpan kot. Lagipun dulu aku punya duit raya bukannya banyak pun. Paling banyak pun pernah dapat dapat RM100 kot.



La ni budak2 sekarang, kalau RM100 tu kira sikit la kan. Ada yang siap dapat beribu2 lagi kan

Back tu cerita semalam, anak2 jiran aku dah ada plan nak beli apa guna duit raya diaorang
Ada sorang tu nak beli henfon, dan ada sorang lagi nak beli kontek lens
Kontek lens uollllls.... Aku kalau umur2 dalam sekolah menengah tu aku tak heran la sangat
Tapi budak ni baru darjah 5 tau... peh... dahsyat budak2 sekarang bergaya kan??
[Anak dara aku nanti apalah pulak yang dia nak beli nanti kan???]

Anak2 aku, setakat ni tak pernah la pulak aku ajar deme request apa2 guna duit raya

Selalunya aku cakap, bagi kat mama duit tu, nanti mama simpan dalam bank
Diaorang pun asal dapat duit raya, terus handover kat aku suh simpan
Buat masa ni macam tu la tiap2 tahun pun
Tak tahu la pulak 2-3 tahun nanti cemana pulak.


Anak2 korang cemana lak??? Nak beli apa guna duit raya?

Friday, August 10, 2012

TAHUN NI DUIT RAYA SIKIT JE

Dah tukar duit baru kat bank?? Maklum la nak raya kan
Semua pakat nak tukar duit baru untuk dijadikan duit raya
Yang ada duit lama pun sebok gak nak menukar yang baru
Walhal nilainya sama je & macam le duit baru tu dah takde dah lepas ni.. ish..ish..
Agaknya nak kena ada bau baru keluar bank kot.. baru semangat sikit..


Gambar pinjam dari blog qasehraihan.blogspot.com


Aku pun baru je tukar duit raya semalam
Tahun ni tak tukar banyak pun.. jimat cermat kekdahnya kan...
[Konon.....................]
Walhalnya sebab bajet aku dah lari
Sebabnya......aku baru je setelkan bil api aku yang mahal melambung tu
Setel awal2 senang.. kang tak pasal orang beraya dalam terang, aku beraya dalam gelap

** Bengang kat TNB tak habih lagi..

TURUN - NAIK

Ramai blogger yang pregnant citer yang berat diaorang turun dalam bulan pose ni
Termasuk la aku.... gara2 alahan di awal2 & juga kurang selera makan
Aku dah turun 2kg tau.. [semalam baru timbang]


Takpe la.. nanti aku dah sihat aku qada balik makan tu



Tapi walopun berat aku turun tapi ada satu benda ni tetap naik juga

Apa dia???? Ni la dia
Perut yang semakin memboncit...hehehe
[Aku dah almost 10 weeks..]

** Gambar ni bukan gambar perut aku... 

Thursday, August 9, 2012

ADDICTED DENGAN BEJEWELED

Lately ni addicted tul aku dengan game ni
Dah instal kat chrome lagi la galak main
Asal mata mengantuk, game ni aku hadap

Yang paling geram sebab tak dapat mengatasi rekod sendiri tu

Dapat top rank tu pun sebab nasib kot.
Aku main yang lawan masa punya so mata memang kena cekap la

** Korang pernah tak main game ni??

KALAU DAH REZEKI

Semalam cam biasa la kan.. malas nak masak
So kita gi tunjuk kat Param je la
Akibat insiden kelmarin, so aku agak berhati2 membeli makanan kali ni
Dah tak nak beli makanan yang berkuah bagai
Semalam beli kuih kaswi, apam & bihun goreng je
Pastu beli air tembikai 2 hengget... dah setel menu berbuka



Bila balik, masa aku nak letak bungkusan yang ada air tu atas table top
sekali tersenget da.... maka jatuh la bungkusan air tu ke lantai
dan melimpah2 le air tembikai tu
aduh.. takde rezeki aku nak minum air tu
tengah sebok2 mengelap lantai tu, Yaya pun balik
pastu aku tanya Yaya

"Yaya, atuk dah pegi bazar romadan ke?? Kalau atok tak pegi lagi, boleh tak Ya cakap kat atok mama nak kirim air tembikai 2 bungkus"

Pastu si Yaya pun pegi la balik rumah Cik Besah
Masa balik dia cakap yang dia dah kabo kat atoknya pasal pesanan aku tu
[tah ye ke tidak dia cakap aku pun tak pasti]

Lepas siap2 semuanya  & sementara tunggu berbuka aku pi la rumah Cik Besah
Pastu aku tanya la kat Cik Besah
"Mak, ada tak Yaya cakap kat abah suh beli air tembikai?"
"Tah, tak dengar pun bila dia cakap. Abah ko dah lama pegi dah"

Tak lama pastu pak mentua aku pun balik dari param
Jeling2 dalam raga moto cam tak nampak pun air kaler merah2 
[cam frust jugak le sebenonya]
Belum sempat turun moto, mak mentua aku pun tanya la pada pak mentua aku tu
"Nyah, ada tak Aleeya cakap mama dia pesan beli air tembikai?"

Pak mentua pun jawab "ADA"

Alhamdulillah... ada juga rezeki aku..


Wednesday, August 8, 2012

IFTAR SEMALAM

Semalam memang nak jadi rezeki aku jumpa jugak kuih tako
Walaupun idak le sedap sangat tapi ok la kan buat lepas mengidam
Yang laki aku pulak dari awal puasa dok cari tepung bungkus
Alhamdulillah jumpa jugak semalam.. nasib le sedap..hehehe

Selain tu, sebagai makanan berat, hasben aku nak makan nasi
Beli pajeri nenas je & lauk selebihnya import dari rumah Cik Besah
Aku yang tak lalu makan nasi, ganti la dengan laksa Cik Ana
Air pulak aku bantai beli teh bunga [air ni feveret si Adib tau]



Yang hasben aku lak beli bandung cincau

Masa berbuka aku makan kurma pastu kuih tako, 
pastu teguk air, pastu bantai laksa pulak
Tapi separuh je laksa tu aku makan sebab tetiba perut rasa sendat.
Rehat jap kat depan tv lepas berbuka, pastu solat
Pastu aku rasa serba serbi tak kena, aku suh hasben tolong urut belakang aku
Belum sempat hasben nak urut, tetiba rasa nak terkeluar semua isi perut
Cecepat lari ke jamban & muntah selambak dalam mangkuk jamban
Masa nak curah tu aku angkat la pelapik mangkuk jamban tu 
Tetiba ada pulak bangkai cicak mati bawah tu
Sekali lagi terbeluwek kat situ... cinabeng tul!

** Tak sukanya muntah monggek camni... perit tekak rasanya.

WW 2012 #32

Alhamdulillah... jumpa jugak kuih tako ni semalam kat param
The one & only gerai yang jual kuih ni kat Batang Kali.