Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 24, 2012

AIR ALKALI - DR ALKALINE

Korang tau ke pasal air alkali??
Terus terang aku cakap, ni first time aku dengar pasal air alkali ni
Kalau takat air RO, air mineral, air masak, air paip, air oksigen tu aku tau la

Hari tu ada jiran aku dok promot pasal air alkali ni kat pak mertua aku
Siap dengan demo bagai la kan... [biasa la salesman]
Dah kebetulan aku ada kat rumah Cik Besah, so sempat la aku tengok demo tu
Fuh... rupanya air alkali ni banyak kelebihannya ye
Dan apa yang disampaikan oleh abang tu memang ada betulnya
iaitu kita memang banyak mengambil makanan berasid tanpa kita sedari
Dan salah satu cara nak meneutralkan asid dalam badan ialah melalui pengambilan alkali
Oh ye.. abang ni jual air alkali jenama DR ALKALINE

Kat pasaran memang ada banyak jual air alkali ni rupanya
Setakat ni aku tak pernah cuba mana2 air alkali lagi
Setakat air ECPI, Air Musoffa, air RO kat opis tu, air water filter tu & air oksigen [lupa brandnya] pernah la cuba & semuanya rasa biasa je cam air masak/air mineral yang biasa2 tu.
Tapikan.... air alkali yang abang ni jual memang payah nak blah kat tekak aku
Huhuhu..... Korang pernah rasa air ZAM-ZAM yang ori tak??
Payau kan???? Ha... camtu la rasa air Dr Alkaline ni

** Aku pun baru tahu air zamzam mempunyai kealkalian yang tinggi..

Kebaikan air alkali ni memang banyak
Korang google la sendiri..[dasar malas nak taip panjang2]
Aku sendiri dah cuba air ni tapi aku tak mampu nak minum sebotol tu sekaligus
[disebabkan rasa payau tu la]
Aku minum setengah botol pagi, setengah botol malam
itupun aku minum tutup hidung ko.... 
Dan setelah percubaan pertama, dalam sejam lepas minum aku terus sakit perut
Dan2 pegi toilet dan semua yang terkumpul dalam usus aku dah dilepaskan dengan jayanya
Dan........... aku sangat berpuas hati tau!
Lepas je berak hilang sakit perut dan perut rasa best je..hehehehe
Itu antara simptom2 selepas pengambilan air ni untuk pertama kali
Tapi lain orang lain la simptomnya kan...
FIL,MIL & hasben aku pun yang dah try minum air ni memang kata badan ringan je lepas minum air ni
Kita tengok la dalam seminggu dua ni hasilnya cemana kan.... tak berani nak bagi testimoni melampau lagi..hehehehe

Air ni sebotol RM10.00 untuk 500ml.  Korang yang pernah try minum air alkali ni [tak kira la brand apa pun] meh share pengalaman korang.

5 comments:

Trush said...

Kami pun di Indonesia punya Air Alkali tapi rasa enak tak seperti air payau lah. Lain kali mampir ke Indonesia boleh coba beli.

Anonymous said...

kena tipu je.rm10 sebotol.sudah2la menipu orang kampong.

Anonymous said...

minum air minerel,air tapis dah cukup.baca bismilah.rasa ringan gak.kita dah set minda racun pon jadi ubat.

Unknown said...

apakah air minum ini ada di Indonesia

Unknown said...

Mmg betul pun air Dr alkaline ni bagus, produk muslim, mcm sy sendiri susah nak telan sbb banyak penyakit air tu jd RS mcm busuk, tp kwn sy minum air tu dia kata mcm air Zam Zam je...

Apa lah salah kita sokong produk org kita, kalau produk luar kita laju je nak membeli...

Terima kasih tuan tanah share pengalaman....