Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 14, 2013

BALIK RAYA OOOO BALIK RAYA

Tahun ni giliran kami beraya di Ipoh dulu
Semua anak2 mak aku memang giliran di Ipoh tahun ni
So semua pakat berkumpul la kat rumah mak aku hari raya pertama tu

Kami bertolak ke Ipoh sehari sebelum raya 
Itupun sebelah petang sebab pagi tu nak tolong Cik Besah masak rendang
Dalam pukul 3 ptg camtu kami pun bertolak dari Batang Kali
Kalau lambat2 risau jugak kot2 kena bukak pose atas jalan
mana la tahu jem ke apa ke dalam perjalanan nanti

Cuaca adalah sangat panas tapi alhamdulillah jalan tak berapa jem
Kat highway kami tak tahu la sebab kami ikut jalan lama je
Amira pun ok takde meragam sepanjang perjalanan

Bagi mainan kat dia baru la dia khusyuk main

Lepas letih main cik gebu tido pulak
Mau tak sedap tido sebab aircond direct depan dia..

Kakak pun tido sekali.. Letih pose le tu

Sementara anak tido, mamanya posing la sikit..
[Aku pakai tudung adijuma 3 hengget tu tau..]

Lepas bangun tido, kita minum susu dulu....

Pastu main la kejap dengan kakak

Tersenyum2 cik gebu ni kalau main dengan kakak

Sayang adik...

Dalam pukul 6ptg baru sampai Ipoh
Ok la kan.. dah dekat nak bukak pose
Sampai rumah mak je, semua adik beradik dah ada
[kecuali suami Ateh yang akan balik malam tu]
Best raya bila dapat kumpul ramai2 kan...

Malam lepas berbuka, ramai2 sembahyang Maghrib berjemaah
Lepas solat tunggu pulak pengumuman raya
Alhamduillah esoknya raya so malam tu kita bertakbir la kan...
Lepas tu semua solat Isyak berjemaah diimamkan oleh abah aku
Pas solat ada takbir raya pastu abah buat tahlil sikit
Lepas tahlil pulak ada la tazkirah sikit dari abah untuk anak2 semua

Suasana yang hanya dirasakan setahun sekali je kot...



5 comments:

AdaM Hawa said...

geramnya la hai.. tgk si gebu tu.. melepak sungguh..

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin..

Cho Zila said...

memang rayatu seronok gak tapi yang paling penting berkumpul sekeluarga yang payah untuk dibuat... syukur balik raya kali ini tak seazab tahun sudah2...

Masya said...

alhamdulillah merasai saat² indah mcm ni .. syukur sgtkan...

Qhaifa Nur said...

salam aidilfitri..
baiknya amira...bole jenjalan lagi macam ni...
meriahnya raya...

Unknown said...

baiknya baby dok dalam baby seat :-)