Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 26, 2014

UNPLEASENT TRIP TO CAMERON HIGHLAND- DAY 2 (PT 2)

Sambungan ke CACTUS POINT
Sila jangan konfius dengan CACTUS VALLEY pulak ye..
[ni dua tempat yang berlainan]


Dah deme semua berenti, kena la kitaorang berenti juga kan
Bawak je la anak2 masuk dalam

Ada mainan ni Adib ngan Amira suka la....

Aku ngan Aleeya pi jalan nengok kaktus..
Tangkap gambo 3-4 keping jadi le...

Masa dalam kereta lagi si Amira dah cranky
Dah sampai masa nak tido la tu
Aku tak larat nak mendukungnya so pas2 la kat babysitter ngan hasben aku

Budak mengaruk nak tido... sabo je la


Lepak2 kat sini ada la tak sampai setengah jam kot. 
Jam pun masa ni dah dekat kul 12 rasanya

Pas singgah sini, masing2 pakat balik apartment
Nak masak lunch kononnya
Aku ingatkan nak ajak laki aku pi Opah Strawberry kat Taman Sedia tu
Hahahahahaharu.......... dia pun masuk parking kat apartment
Padahal sebelum blah dari Cactus Point dia yang tanya nak singgah Opah tu ke?
Of kos aku cakap nak kan.... dengan harapan dia nak terus pegi
TAPI... hampa kesudahannya...

Sampai apartment, kami yang pompuan masak la nasi & lauk pauk untuk lunch
Yang lelaki dok bantai tido aku tengok
Ada la sampai kul 4 petang kot baru masing2 nak bangun makan nasi bagai...
Amira pun tido gak masa ni.. dapat la aku berehat kejap...
[sambil aku mengapdet status fb - "BOSAN!!!"]

Dekat kul 5 baru laki aku ajak pi jenjalan
Nak gi mana lagi kul 5 petang kan... 
Banyak tempat dah tutup dah pun...
Nak gi Opah pun tah apa je la yang ada...
[takpe pujuk lagi hati esok sebelum balik sempat lagi kalau nak singgah]

Oh.. lupa lak hari tu birthday Amira so katanya nak pi beli kek kat Tanah Rata
Aku folo je la....
Pi Tanah Rata ada kedai kek tapi deme jual pesen dah potong slice2 tu
Yang seketulnya takde.. 
Last2 balik apartment gitu je la... apah pun tak dapat...
On the way nak balik pulak jalan punya la jem
Maybe stuck sebab ramai nak gi pasar malam kat Brinchang tu kot
Nasib la apartment kitaorang kat tepi jalan tu je
Tak le lama sangkut dalam jem tu...

Untuk mengubat hati lara, ada buat aktiviti malam dengan anak2
Buat apa??? 
Tunggu next entry aku citer...
[panjang pulak Day 2 punya citer ye]


Unpleasent part:
  • Tak dapat pegi Lavender Garden
  • Tak dapat makan kat Opah Strawberry Farm
  • Tak dapat beli kek Amira
  • Menyinggah ke tempat yang tak menarik
  • Masa banyak berlalu melangut kat apartment je
  • BOSAN!!!!


3 comments:

Ann Ishak said...

saya dapat merasakan keBOSANan tu, rasa hilang holiday mood terus kan :)

eima said...

syg nye pi berjalan tp tak berjalan ... hmmm
tak pe nanti repeat balik pi family awak je

Unknown said...

katanya dah tak sejuk sangat cameron kan?
saya last pegi bulan 10 last year...

jemput ke blog saya jugak..
salam suaikenal..
http://tinyurl.com/mewv4f6