Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 5, 2014

HAJAT TERAKHIR

Ini nak citer hajat terakhir aku sebelum bersalin haritu
Bukan la hajat sangat pun tapi lebih kepada mengidam

Aku kan bersalin selepas raya so memang dapat makan macam2 juadah raya la sebelum bersalin
Masa raya haritu aku kan tak balik Ipoh
Bila tak balik Ipoh, memang tak jumpa la ketupat daun palas
Sebabnya kat sini takde sapa yang reti buat
Nak beli pun takde la pulak yang menjual
Lemang banyak la orang jual..

Nak dijadikan cerita, aku ada la cakap pada hasben aku
Kalau lalu kat Selayang & ada orang jual ketupat daun palas tu
Nanti singgah la dan belikan
Ingatkan dia lupa rupanya beberapa hari sebelum aku beranak dia ada belikan
Suka aku..heheheheh
[Terima kasih abang!]

20 biji hasben aku beli sekali dengan rendang
Tapi rendangnya so-so je la
Daripada takde.. belasah je la...
Aku sorang sekali hadap 10 biji terus... sedap sangat rasanya ketupat tu

Akhirnya tercapai juga hajat aku nak makan ketupat daun palas ni
Pasni memang aku kena belajo buat la...
Rasa tak lengkap raya kalau takde ketupat ni
Aku lak sebenarnya prefer lagi ketupat daun palas ni dari lemang
Lemang paling banyak aku boleh makan pun 2-3 potong je..

So far, semua yang aku idam nak makan dah tercapai
KECUALI SATU BENDA
iaitu aiskrim stoberi made in Cameron Highland
Jangan meleleh air liur si Jasmin udah....

Abang!!!! Sila masukkan agenda ke Cameron Highland nanti ye
You owe me tau....


2 comments:

Unknown said...

Uwaaaa.. sedapnyeee..
Zura memang tengah mencarik ketupat palas.. x jumpa carik lah kat shah alam nih.. bukan mengidam.. tapi teringin nak makan.. huhuhuhu

Izwa Kamaruddin said...

amboiiii sedap nyer