Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 4, 2014

KOPI TENOM

Beberapa minggu sebelum bersalin ada member aku gi Sabah
[Dia beraya ke rumah mertuanya di sana]
Siap tanya kat group wasap kalau ada sapa2 nak kirim
Ada la dia tanya aku kot2 ada benda yang aku mengidam kan
Aku cakap takde apa kot sebab aku pun tak pernah sampai Sabah
So tak tahu apa yang best kat sana.

Pehtu ada la member2 yang kirim KOPI TENOM
kopi yang femes katanya kat Sabah nun
Manalah aku tau kan.. 
Kalau Kopi Hang Tuah ke, Kopi Che Nah ke, Kopi Kapal Api ke, tau la aku kan..
Sebab ramai yang order, aku pun kirim la sekali kat member tu
teringin nak rasa sedap ke idak kopi dari Sabah tu..


Seminggu sebelum bersalin, sampai la kiriman kopi tu ke rumah aku
Eksaited nak try...malam tu terus bancuh
Tada...
Aku beli yang peket silver
Satu peket ada 12 sachet kecil2
Senang sebab dah dibuat uncang macam teh tu
Tak payah le nak tapis serbuk kopi tu lagi
Satu uncang tu cukup la untuk satu mug
Cuma tambah air panas dan gula secukup rasa je la
Nak tambah susu pun boleh.. ikut selera masing-masing
Aku suka kopi pekat2.. baru la kaw

So far pada aku, kopi ni takde la istimewa mana pun
Idak le sedap sangat.. sama je dengan kopi2 biasa
[pada tekak aku la]

** Aku prefer kopi Cap Manggis yang Cik Besah selalu beli kat Parit nun..hehehehe

2 comments:

Nieda Ramly said...

kopi kampung le the best

Nory Zoulkefle said...

nory selalu minum kopi cap gajah...
selalu kirim kat akak ipar je, sebab ade jual kat sana je..heheh