Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 1, 2015

SAHUR DAN BERBUKA

Macam2 menu bila berbuka & bersahur kan
Lalu lalang je orang dok tayang menu kat fb ngan blog
Hahahaha.. bagus juga sebab at least boleh bagi idea kat aku nak buat apa untuk berbuka & bersahur

Well, menu keluarga aku tersangat la sempoi
Kalau tak masak, menu param je la
Nak2 pulak kalau hasben aku shif malam
Waktu berbuka laaaaagi sempoi untuk aku & anak2
Bukannya apa, kalau banyak2 pun membazir je

Sahur pun sempoi juga.. 
Boleh kira berapa kali je kami makan nasi sebagai sahur
Yang lain2 hanya balance dari berbuka puasa hari sebelumnya
[Kalau aku masak untuk berbuka memang aku akan masak lebih sebab terus jadikan sahur]
Mak malas cam aku camni la gayanya

Minggu ni additional menu kami untuk berbuka & bersahur
Tu dia hasben aku beli sampai sebakul
[terpaksa korbankan bakul kain ni nak isi durian]

Bila dah banyak ni ---> buka puasa durian, sahur pun durian
sampai sendawa kat opis pun sendawa durian..
Hehehehe..


No comments: