Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 7, 2015

BERAYA DI KAMUNTING

Raya kedua dari Pantai Remis ke Taiping
Dah alang2 sampai Taiping, aku ajak la hasben gi beraya rumah kawan aku
Memang dah lama tak jumpa member sorang ni
Dah lebih 21 tahun kot
Lepas sekolah memang lost contact
[dia pun sampai Form 3 je kat sekolah aku dulu]
Terjumpa balik dalam fb

Kebetulan pulak dia balik Taiping
makanya dapat singgah le rumah dia
Jenuh jugak nak cari rumahnya sebab tak pernah sampai kan
Nasib la tau jugak le jalan2 arah ke rumahnya tu
Pastu main ikut direction yang dia bagi je la
Nasib tak sesat [sebab drive malam]

Tu dia... lepas 21 tahun tak bersua muka
Aku makin kembang, dia tetap maintain... jeles!
Siap bersua dengan anak2 masing2 le ye

Budak dua worang ni sebaya tau
Lahir tahun yang sama, tapi bulan lain2 la

Alhamdulillah, tercapai juga hajat nak beraya & berjumpa kengkawan lama

Esoknya pula, sebelum balik Ipoh 
singgah beraya ke rumah bapa saudara hasben pulak
[Adik kepada bapa mertua aku]
Rumahnya pun berhampiran dengan rumah kawan aku tu jugak

Sebelum check out chalet
Kita selfie dulu ye Jasmin
[eeee... bulatnya muka mama]


Sementara tunggu abah singgah kedai beli apa tah
Snap gambo budak kememeh ni..

Sampai di rumah pak sedara tu, dah siap masak tengahari
Langkah kanan.... memang tengah lapo pun
Pagi tadi breakfast makan roti jer...

Fotogediks Cik Besah bersama Aleeya
[hehehehe]


Porch rumah pak sedara ni luas...
Pakat bentang tikar, makan kat luar ni je
Jasmin suka la bila ada orang yang nak melayan dukung timang dia..
Selalu tu dia bukannya nak dekat orang
Hanya insan2 terpilih je yang dia nak


Kakcik cam biasa la...
Buat kelaku dia
Tu sebab abahnya ada belikan mainan 
elok la berkepit dengan abahnya...hahahah
[boleh mama makan nasik dengan tenang...fuh!]



Dalam kul 3 petang, kami gerak balik Ipoh
Cik Besah & the geng nak balik Batang Kali
Ingatkan nak masuk highway, tapi jem tak hengat dari Changkat Jering..
Last2 kami ikut jalan dalam jer
Fuh... 3 jam baru sampai Ipoh tau! Dah macam perjalanan Ipoh-Kolumpo je..
Raya dan jem... memang takleh nak dipisahkan...


Next: Pasni sambung raya kat Ipoh pulak.









1 comment:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bila jumpa kawan lama macam tu lah Yani..
Selalu compare badan hehehe..
Tapi best bila borak2 kisah lama kan :)