Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 18, 2015

TEMAN ATOK BELI TELEFON BARU

Ni cerita masa balik kampung haritu
Suatu petang abah ajak kitaorang teman dia beli henfon baru
sebabnya henfon lama dah rosak
pastu sekarang dia pakai tab je
sebab besar sangat tu yang nak cari henfon yang kecik sikit
idak le bulky sangat nak masuk dalam poket seluar kan

Petang tu lepas Asar, kitaorang pun pegi ke MYDIN MERU RAYA
First time aku nak pegi tau  walopun MYDIN tu dah lama dah wujudnya
Ate, asal balik Ipoh bukannya gi jenjalan sangat
Ni dapat peluang jenjalan, kita ikut je la

Dalam kereta kita selfie, wefie dulu ye
Tangkap je gambar banyak2.. bukannya kena pakai kodak cam dulu2
Kami yang duduk belakang je berselfie bagai
Orang depan [abah & hasben aku tak terlibat]


Aleeya pun kemaruk nak bergambar
Lagi la mama... lagi la mama
Jenuh nak layan anak dara sorang ni


Selfie dengan Jasmin pulak
Amira ngan Adib ada je kat belakang tu
tapi deme buat hal masing2.. so abaikan je la..hehehe


Sampai kat MYDIN, dapat baik punya parking
Betul2 depan main entrance
Beso rupanya MYDIN ni... eksaited nak masuk
Tapi stroller takde la pulak..
lenguh tangan nak dukung Jasmin
Hasben aku pulak dukung si Amira


Ni abah aku tengah nego nak beli tepon
Dia tengah berkenan antara ASUS & LENOVO
Yang lain tu berkenan juga tapi bajetnya tak cukup...hehehehe
Last2 abah ambik LENOVO [model tak ingat]

Jalan dalam ni tak lama pun sebab masa tu dah nak maghrib dah
Tak habis round pun MYDIN tu
Lagipun konon2 kawan2 aku ada nak datang rumah malam tu
Tapi sebelum balik sempat pulak aku singgah butik AIDIJUMA yang setentang je dengan MYDIN ni
Rugi kot kalau tak terjah...hahahaha
Nak2 pulak semenjak dua menjak ni dah teraddict dengan tudung AJ

Singgah sini sempat la beli 3 helai tudung
Tapi beli yang anak aku berkenan je
sebab yang hot2 design semua dah takde
tinggal design yang biasa2 je...



** Terkocoh2 balik, sekali kengkawan aku tak jadi datang sebab diaorang tersangkut jem dari Taiping... Takde rezeki nak jumpa kengkawan.. Lain kali je la ye..



2 comments:

Sura Mohd said...

mana gambar tudungnya..yg biasa2 pun nak tengok jugak..:)

SYANI said...

Ala Kak Sura, beli yang white label je...RM10 selai.. tu yang boleh beli 3..hehehehe