Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 8, 2016

BUKAN REZEKI AKU, BUKAN HAK AKU

Kelmarin [Rabu], babysitter aku datang rumah
dia tanya nak beli susu HL ke?
Sebabnya jiran depan rumah dia ada bawak balik susu HL banyak
Katanya kalau kat luar harganya RM1.60, tapi jiran tu nak jual RM1 sekotak

Aku pun cakap boleh la jugak... so aku beli la 10 kotak 
Pastu babysitter aku tu la yang gi ambik & hantarkan pada aku
Aku  ni pulak beli banyak sebab fikir boleh la anak aku buat breakfast pagi esoknya

Bila babysitter dah hantar ke rumah aku
Amira & Jasmin pun  mula lah buat perangai
nak minum masa tu juga
so aku tebuk la 2 kotak - sorang satu la kiranya
Aku buka kotak Jasmin dulu, sebelum bagi dia, aku sedut la sikit kan

Eh.. kenapa rasa lain macam je ni... 
Takkan le susu HL rasanya tak sedap kan...

Pastu aku rasa pulak susu Amira pun rasa sama gak
Pastu aku tengok tarikh luput : EXP DATE 06 JAN 2016
Maksudnya tarikh luput tu hari tu... [patut le dia jual murah]
Marah pun tak guna kan.. kira halal je la
ermmmm... memang bukan rezeki kami la nak minum susu tu..

Sebab dah rasa lain macam, aku terus tak bagi Amira & Jasmin minum
Aku cakap susu dah basi.. tak boleh minum nanti sakit perut
Nasib la bebudak tu pahammmm.. idak le ngamuk
Balance 8 kotak lagi aku buang je dalam tong sampah
pastu aku wasap kawan aku
cerita la pada dia hal susu tu...

dia cakap buat apa buang? ko buat mandi je le
oh... boleh ek macam tu...

so kutip balik dari tong sampah...hahahaha
Nasib la tong sampah aku tu baru ganti dengan plastik baru
so belum tercemar dengan sampah2 lain lagi..

Dari tong sampah, masuk balik dalam peti ais..hahahaha
Itu pun siap pesan kat anak2 jangan minum sebab susu dah expired
Hasben aku memang tak minum susu... tak payah pesan kat dia la


Hari ni pulak, aku gi isi minyak kat stesen minyak
Tetiba ada satu pakcik ni berenti belakang kereta aku 
pastu cakap kat aku dia nak mintak RM10
Tengok cam kesian je pakcik tu
Aku tanya dia nak isi minyak ke?
Dia cakap haah...
Aku tengok dalam kereta dia pun penuh barang2 dia.. 
dengan bantal, selimut, sejadah semua dalam tu
macam dia memang berumahtangga dalam kereta dia tu

So aku pas isi minyak tu tengok la dalam wallet ada ke idak duitnya
Ada duit kecik2 je.. [itupun nak buat duit belanja anak2 sekolah nanti]
Pastu aku tengok pulak dalam sampul duit barang2 pasar aku
Ada la balance RM20.. so aku bagi je le tu kat pakcik tu
Niat je le sedekah pada pakcik tu je
Memang dah tertulis RM20 tu bukan hak aku kan...


Tu la orang kata, kalau bukan rezeki kita, buat cemana pun bukan le untuk kita
dan dalam duit gaji kita tu, bukan semua hak kita, ada hak orang lain sama.






5 comments:

ztie said...

murah rezeki sis lain kali insyaAllah

babYpose said...

Assalamualaikum Syani, susu HL tu macam tak patut jadi macam tu, betul bukan rezeki kan, saya pernah pengalaman orang minta duit juga. Happy weekend syani :)

MaisarahSidi said...

InsyaAllah, ada sesuatu yg lebih baik akan datang

Unknown said...

Boleh eh buat mandi susu tuh??
betol2 nak tau nih. hehehe

Alhamdulillah.. moga rezeki Syani dan pakcik tuh trus melimpah ruah.. amin~

cahayahidupku.blogspot.my said...

Alhamdulillah..
Betul tu yani..
Niat aje sedekahkan..