Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 18, 2016

MAKAN BESAR BERSAMA KELUARGA

Ingat orang yang sambut raya cina je ke ada makan besar
Family aku pun ada jugak
Makan besar masa balik Ipoh hari tu

Ekceli idak le besar mana pun
Sebab tak ramai pun.. ada la dalam 9 orang je
Ekceli adik aku yang duduk Johor tu pun ada datang rumah mak pagi tu
Tapi sebelum maghrib dia dah balik rumah dia
Maybe ada program lain kot bersama family dia

Makan besar ni pun tak dirancang sebenarnya
Nak makan kat luar, tak tahu nak tuju mana
Pastu fikir punya fikir, malas nak keluar jadinya
Last2 plan nak order KFC

Adib pulak dah canang kat atuknya nak makan KFC
udah atuknya cakap boring la makan ayam
makan le pizza ke katanya...
baekkkkk... atuk dah cakap camtu, dia teringin le tu
Aku ni pun tak sampai hati la kan.. penuhi la keinginan dia tu
Diam2 aku order Domino's Pizza
Online lak tu.. [riso masa order kot2 data habis.. tapi tawakal je la]
Alhamdulillah settle oder, dia kata delivery within 30 minutes
Tak sampai 20 minit dah pin..pin.. [budak delivery dah terpacak depan pagar]
Mentang2 Domino's Pizza tu 5 minit je dari rumah mak aku...
Service yang sangat excellent!
Senang juga order online ni ye...

Pastu Adib nak KFC jugak
Hasben aku pi la KFC, beli ayam
dah pesan beli sikit je, sebab pizza dah ada
kang tak habis pulak...

Tapi menunggu punya la lama sebab ramai orang katanya
Adoi perut dah le tengah keroncong
Bau pizza panas2 tu mencucuk2 lubang hidung... tapi SABARRRRR
Dah dekat sejam tunggu, hasben aku pun sampai dengan KFC di tanya..
Jom apa lagi... kita soru laaaaaa

Terima la gambar yang tak semenggah ni
Sebenarnya masing2 dah kelaparan sebab menunggu KFC punya la lama

Ekceli ada 2-3 keping gambar aku snap tau
Gambar abah tengah bacakan doa pun ada
tapi bila bukak balik gallery, ada gambar ni je la
jadilahhhhhhh!

3 comments:

- dieyana - said...

nak domino tu..tunggu cukup bulan..hiihi

Mummydearie said...

Hai, lapar pulak bila tengok pizza. Baru berangan nak kenduri pizza esok. Makan ramai-ramai best. Bila makan berebut-rebut tu lagilah best!

eima said...

sejuk la piza dah tunggu kfc lama sgt