Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 15, 2016

RANTAI KAKI

Haritu kemas2 laci, teringat la pulak nak bukak kotak2 yang ada dalam tu
Baru teringat ada beberapa barang kemas yang jarang2 pakai aku letak dalam tu
Ada cincin tunang yang dah tak muat, rantai kahwin & gelang kaki

Cincin tu memang tak muat le memandangkan aku dah menggemuk
Yang rantai kahwin tu, aku pakai la sebab lama dah tak pakai
[rantai sekarang kita simpan dulu ye]
Aku ni jenis pakai seurat je.. tak reti nak pakai banyak2 sekali gus.. rimas rasanya

Pastu rantai kaki pun dah lama aku tak pakai
Tak ingat sebab apa aku tak pakai dulu
Rasanya sebab rantai kaki aku dulu selalu terlucut kot..hahaha
Especially masa tidur.. maklum la tido ganas beno..
Ate.. dulu kan agak kurus..hehehehe
Sekarang memandangkan dah gemuk
so kebarangkalian lucut tu dah berkurangan la kot
Ok kita pakai balik la...
Sayang pulak beli tapi tak pakai kan..

Punya la dah lama gelang kaki ni
Dah 11-12 tahun kot
Tu yang nampak beram je kalernya
Beli gelang kaki ni guna duit maskahwin aku dulu

Patutnya rantai kaki ni ada loket daunnya
Pastu aku ternampak pulak loket emas ex-opismates aku bagi masa aku nak resign kat kompeni lama dulu
Nak pakai kat rantai, rantai dah sedia ada buahnya
so kita pakai kat kaki je la...
Setakat ni gelang kaki masih setia di kaki
[belum pernah lucut lagi..]
Nampak beno dah gemukssss