Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 6, 2016

UJIAN TERHEBAT DALAM HIDUPKU (PART 1)

Pagi Sabtu macam yang dirancangkan
kami bertolak ke Ipoh
Suamiku bersetuju untuk hantar kami anak beranak balik Ipoh
Untuk menghabiskan seminggu cuti sekolah sebelum bermula Ramadhan

Suami tak bercadang nak tidur di Ipoh
sebabnya esoknya dia kata dia ada kayuhan
Kiranya dia hantar kami pagi, petang tu dia akan bertolak pulang ke Batang Kali

Pagi tu sebelum bertolak, Cik Besah ada mintak tolong dia angkatkan tong gas
sebab Cik Besah nak masak rendang
Selalunya suami aku akan lambat2, tapi pagi tu cepat je dia pergi tolong mak dia
Sebelum bertolak pun aku sempat perli dia 
"Abang sejak kayuh basikal ni, dah tak nak tidur kat Ipoh"
Tapi suami diam je masa tu..  entah marah entah tidak

Dalam kereta hasben tak suka orang makan minum tau
Especially jajan sebab dia tak suka kereta kotor
Tapi hari tu, dia belikan jajan pastu suruh Adib buka & makan dalam kereta
Dalam kereta masing2 dok suap menyuap la keropok tu
Aku, Jasmin, Mira & Adib pakat suap la kat suami aku tu...
Aku andaikan  maybe dia lapar kot, sebab sebelum bertolak di hanya minum nescafe secawan
Walaupun ada je aku letak roti atas meja..

Pastu dalam perjalanan dia macam nak marah je
Jalan memang la jem sikit sebab cuti sekolah baru start kan
Dia bukan la marah kami tapi marah pada pemandu2 yang bawa kereta terhegeh2
Konon2 melambatkan dia la..

Sampai Ipoh dah nak masuk waktu Zohor
Lepas dia keluarkan barang2 dari kereta, aku tanya dia nak makan ke idak
Dia kata nak solat dulu
So dia pun solat Zohor berjemaah dengan Adib
Lepas dia solat, aku ajak dia makan tengahhari
So dia senyum kat aku sambil mengangguk
[masih aku teringat senyuman dia masa tu]

Suami memang tak banyak cakap haritu
Dia makan tak le banyak sangat... maybe sebab bukan lauk feveret dia kot
Lepas makan dia baring kat ruang tamu pastu terlelap
Aku biarkan aje dia tidur dulu... selalunya petang lepas asar dia akan bangun & siap2 nak balik

Sementara dia tidur tu, aku sembang2 dengan mak aku kat dapur
Tup2 tetiba dia muncul kat dapur
Eh, awal pulak bangun.. takyah aku kejut
Pastu dia kata nak balik dah..
Masa tu dalam pukul 3.30- 4.00 ptg kot

Masa dia balik, semuanya macam biasa
Salam, cium aku.. anak2 pun salam macam biasa
Takde pesanan terakhir pun.. takde benda pelik pun
Cuma waktu dia reverse & sebelum dia bergerak, dia berhenti agak lama kat gate sambil melambai aku ngan Jasmin dari dalam kereta... 
[tu pun aku rasa dia biasa je]

Dalam pukul 6 petang dia whatsapp kata dia dah sampai rumah
Lega la aku... 
Pastu dia ada whatsapp tunjuk gambar kad penyertaan untuk kayuhan esoknya
aku cuma wish good luck je
pastu dia cakap doa isteri yang terbaek...
[dan itulah mesej dia yang terakhir di whatsapp pada aku]

-mesej whatsapp yang terakhir dari arwah-


Malam tu aku mengantuk sangat
Hasben aku pun takde whatsapp tanya khabar anak2
So aku tertidur agak awal...tapi time tengah malam Amira pulak muntah2
So aku pun tak berapa lena tidur lepas tu.. sambil2 belek whatsapp kot2 hasben ada whatsapp
Takde juga... aku andaikan kot2 hasben aku dah tertidur awal.

Subuhnya aku cek whatsapp pun takde juga dari suami
Yang aku pun tah apa bengapnya idak pulak whatsapp kat suami
Pastu pagi tu Adib & Aleeya pulak muntah2 & sakit perut
Tah apa pulak la diaorang makan.
Aku pun lepas Subuh memang terlelap kejap sebab mengantuk sangat mengisahkan Amira muntah2 sampai pukul 4 pagi
Pagi tu aku settlekan anak2 macam biasa
Breakfast pun macam biasa
Semuanya macam biasa sehinggalah tengahhari tu
Bermulalah ujian getir dalam hidup aku..


Sambung.......







4 comments:

Jannah Najiha said...

Ya Allah, kak, sabar ya. Tak sangka betul. Saya follow blog akak dari 2009 tapi mungkin akak tak kenal sebab saya tak pernah tinggal komen. Suka sangat baca kisah keluarga akak dan semalam saya buka blog, tertanya2 kak syani lama tak update ni kenapa ya? Rupanya ada musibah menimpa akak dan keluarga.

Sabar ya kak, insyaAllah syurga bagi suami akak. Saya doakan semoga akak dan anak2 terus kuat..

Unknown said...

dik syani, sayu akak baca.. akak tunggu adik punya next post.. tabah dik.. kuatkan semangat yer.. Allahuakbar..

- dieyana - said...

Allahuakbar, punyalah lama saya tak blogwalking, tup2 baca cerita awk syani...Allahu, dugaan terhebat dlm hidup awak.

takziah ya syani...
al fatihah..

**Awak seorang yang kuat, sebab tu Allah pilih awak...

OKje said...

Mesti sedih bila mengenang balik saat kita dengan dia kan Syani....Kalaulah tau nak aje kita bersama dengan dia disaat saat akhirnya