Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 19, 2016

AMIRA SAKIT MULUT

Bebaru ni Amira demam
pastu mula la dia tak berapa nak makan
Memula tu ingatkan dia tak selera sebab mulut tak sedap
Pastu baru nampak bibir dia merah merekah2
Masa gosok gigi pun dia nangis
So aku suruh dia buka mulut nak tengok ada apa dalam mulut dia
Tu dia.. kat bibir dalam dia dah naik ulser
Patut la dia tak nak makan.. mulutnya sakit
Ate mana idaknya, minum air masak pun tak mau
Badan panas dalam le sebab demam haritu gamaknya

Pastu malam tu lepas balik keje terus bawa dia gi klinik
Risau juga kot2 melarat2
Yang kelakarnya petang tu babysitter bagi dia makan buah senduduk
Udah hitam le pulak bibirnya
Mesti orang2 kat klinik tu heran tengok pesal mulut budak ni kaler hitam

Gothic tak mulut Mira? Udah le muka masam mencuka..hehehehe
Muka takde mood la tu


Masa jumpa doktor, doktor tanya gak kenapa mulut dia tu
Aku cakap je la.. kang dia kata aku dera anak aku pulak... choi!!!
Pastu doktor cek mulut dia semua
Doktot kata ada infection la.. so doc bagi antibiotik & ubat sapu

Lepas balik klinik aku beli aiskrim vanila sruh dia makan
Alhamdulillah habis dia makan aiskrim tu
Semalam pun mulut dia dah ok sikit, selera makan dia pun dah ok
Bila anak2 ceria, baru la mama lega...




7 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kesiannya... tapi lipstik warna purple gelap macam tu pun ramai yg pakai sekarang ni Sya.

Kalau tak sembuh juga beli glister Amway Sya.
Spraykan 2-3 kali cepat sembuh juga.

Rozita Ceritaita said...

boleh makan tak tu? kesiannya kalau sakit mulut mesti susut badannya tu nanti

Ann Ishak said...

gothic sangat mulut mira tu :p

semoga cepat baik ye mira, banyak minum air masak tau

Izwa Kamaruddin said...

Sian...semoga cepat sembuh.

Qhaifa Nur said...

Itulah igtkn hitam tu sakit mulut, rupanya mkn buah senduduk...
Cepat sembuh amira...

eima said...

memula tgk pun ingat kenapa td...seb baik sbb mkn buah .... alhamdulillah dah ok ... paling risau bila ank tak nk mkn ....

cahayahidupku.blogspot.my said...

Akak yg dah tua ni pun kalau kena ulser susah nak makan sya.
Apa lagi anak2 macam amirah tu..
Alhamdulillah dah semakin baik ye..