Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 10, 2016

MICI PUN SUDAH TINGGALKAN KAMI

2016... memang tahun kesedihan untuk kami
Kematian begitu dekat dengan kami
Memula anak kucing yang arwah suami aku bela [baca DISINI]
Lepas tu hamster pulak mati [baca SINI]
Lepas tu arwah suami aku pula meninggal [cerita di SINI]
Dan kelmarin (Sabtu), Mici pulak dijumpai mati

Bangkainya ditemui tanpa kepala
Dipercayai dimakan  anjing liar
Kasihan kamu MICI!

Mici, binatang pertama yang arwah suami aku nak bela selepas kami berkahwin
Ekceli aku memang tak suka bela binatang
sebabnya aku geli, pastu tak suka nak mengisahkannya - makan, berak, kencing
dan yang ketiga aku kesian sebab binatang2 ni  kena kurung
Tapi hiburan untuk anak2 bila tengok Mici masa arwah bawa balik dia dulu

Walaupun aku tak suka binatang tapi idak le aku biarkan dia je
Tetap aku bagi makan, taiknya aku buang
Cuma nak membelai2 tu idakle... geli dengan kuku & bulunya tu

Selepas arwah suami aku meninggal, memang aku takde mood nak bela Mici
So aku bagi pada abang ipar aku untuk bela
[sebabnya dia pun ada bela arnab juga]
Tapi tah cemana arnab abang ipar aku terlepas & hilang so tinggal la Mici sorang
Memula letak Mici dalam sangkar besi tu.. tapi bila Mici makin besar, kesian pulak sebab sangkar tu macam sempit.
Kebetulan abang ipar aku ada buat reban ayam
Tapi ayamnya dah disembelih masa raya korban hari tu
So letak le Mici tu dalam reban ayam.. baru la Mici bebas berlari sana sini
Aku pun kalau gi rumah Cik Besah, jenguk la si Mici juga

Tapi tu la, nak dijadikan punca
Malam tu anjing liar datang serang dia kat reban ayam tu
Selama ni reban ni ok je tapi tah cemana boleh berlubang dawainya dikokak dek anjing
Mungkin Mici lari nak menyelamatkan diri tapi dia tewas jua akhirnya
Bangkai Mici abang ipar aku jumpa  belakang rumah jiran sebelah rumah aku..
Aku pun tak perasan pagi tu masa aku pergi rumah Cik Besah
Aleeya balik tengahhari tu dia bagitau aku
Macam tak percaya je...

Maafkan Mama Mici sebab tak dapat jaga Mici
Mama sayang Mici tapi Allah lebih sayangkan Mici
Akhirnya Mici ikut jejak abah ye...
Tapi Mama pasti syurgalah tempat Mici
Terima kasih Mici sebab pernah menyerikan hidup kami sekeluarga.

2 comments:

Izwa Kamaruddin said...

Hmmm..hmmm :( aku asyik ingat ko jek.. :(

eima said...

hmmm sedihnye ...