Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 17, 2016

BILA HANDPHONE DI TANGAN AMIRA

Ni cerita pagi tadi..
Awal pulak si Amira ni bangun.. waktu orang tengah azan Subuh dia dah bangun
Nasib la Jasmin tak join sekali
Kalau tak.. Subuh2 tu dah hiruk pikuk dengan suara bebudak

Sementara aku siap2 tu
Sempat pulak dia main henfon aku
[Aku bagi dia main telefon aku yang dah nazak tu je]
Telefon aku & especially telefon arwah abahnya memang aku tak kasi main
Udah le telefon abahnya mahal & itu le antara harta arwah yang ada untuk aku kenangkan
Kalau hilang @ rosak sah2 le akan menung la aku untuk seketika...huhuhuhu

Bila udah henfon di tangan ni le kerjanya
Selain tengok youtube,  dia S.E.L.F.I.E la
Agaknya pagi tadi tak bukak WiFi so memang takleh nak nengok youtube
Tu yang galak selfie tu
Aku pun tak perasan... sampai la masa kat opis tadi aku tengok henfon
Penuh dengan gambar selfie dia...


Ni la sebahagian selfie yang jadi
Yang lain2 nampak mata je, dahi je, rambut je
Dia tak reti angle betul2 lagi...


Disebabkan masa ada lagi sebelum hantar ke rumah babysitter
Aku pun pujuk dia sikat rambut
[Dia ni ada moodnya.. ada masa tak bagi orang main rambut dia]
Tapi tah cemana pagi ni mood ada baik 
Sempat le aku ambik video taruk kat IG sana




Ni rupa selepas disikat rambut

Teringat arwah abahnya suka panggil dia "ating-ting"
[sebab rambutnya kerinting]


3 comments:

Izwa Kamaruddin said...

Comel!!

cahayahidupku.blogspot.my said...

Cantik rambut keriting Amira tu Syah..
Pastu keperangan..
Bertambah lawo anak dara tu :)

OKje said...

Hihi...agaknya menurun perangai sapalah ni ye Syani? Takkan abahnya kot...mesti mamanya hihi...
Anak akak sorang ada rambut keting mcm ni. Bila dah besar dah tak berpa ikal.

Hepy Bezday Syani, moga Allah melimpahkan rahmatNya kepada Syani. Moga Syani terus tabah menjadi ibu tanpa suami disisi....
Sedihnya....huhu