Wednesday, July 12, 2017

BERAYA KE KAMPUNG PERMATANG RAJA

Destinasi pertama beraya di hari raya pertama 
ialah balik kampung mak aku
Kampung yang Wan aku tinggal la
Kat Pantai Remis - Kampung Permatang Raja


Dulu masa belum2 kahwin, memang wajib beraya kat sini 
Kiranya sehari dua sebelum raya memang semua adik beradik mak aku plus sepupu sepapat aku berkumpul la... memang meriah bila time raya
Tapi lepas arwah nenek aku meninggal, semua tu dah takde
Masa hari raya baru masing2 balik ke kampung
Best kan masa kecik2?

Memandangkan rumah Wan aku pun takde apa
Sebabnya kan Wan aku duduk dengan mak aku seminggu sebelum raya tu
So kami pakat pi raya rumah sedara mara je lah yang ada kat kampung tu
Memula pi rumah pak sedara aku
Tak jauh pun dari rumah Wan
Kat sana Mak Uteh aku buat laksa.. so kita isi tank dulu la..

Lepas raya rumah Pak Uteh [adik mak aku]
Kami pi singgah rumah nenek sedara pulak
kami panggil deme Tokcik.
Memang wajib singgah setiap kali raya
Sebabkan dah kenyang kami just makan kuih & kerepek je

Sempat posing lagi sebelum bergerak dari rumah Tokcik


Sekeping lagi.. tetiba si Adib nak join
Kesian si Jasmin terlindung belakang Adib
Nampak tangan je lah



Lepas raya rumah Tokcik, kami pi raya rumah sedara lagi sorang
Kami panggil dia MakMah je
Kalau pi rumah dia ni.. harap2 dapat la makan Laksa Mee
Lama dah aku teringin nak makan
Alhamdulillah rezeki sungguh..... dapat la makan Laksa Mee tu

Dah dekat pukul 4 petang kami pun bertolak balik ke rumah Wan
Kat sana baru la nak solat
Nak kencing, nak vera ke
Budak2 yang dah belengas peluh, aku mandikan terus
Nasib la aku bawa baju spare bebudak ni
Baju spare aku je malas nak bawa...

Lepas Asar kami pun nak bertolak balik Ipoh
Wan aku nak duduk sana.. takmo ikut kami balik
Lagipun Pak Lang & Pak Cik & Pak Uteh aku ada kat situ
Nak tengok2kan Wan

On the way balik tu sempat lagi singgah rumah sorang sedara kami
Kiranya cam sepupu mak aku 
Kami panggil dia Mak Teh

Sambil2 raya, kami merayap ke belakang rumah dia
Sebab kat belakang rumah dia ada buai
Saja bagi budak2 main sambil ambik angin petang
Duduk dalam rumah panassss..membahang

Ada 3 buai jaring ni
Berebut gak le kekanak ni nak naik...


Lepas giliran orang, baru sampai turn si Amira
Habis hati la budak ni
Si Jasmin taknak naik... penakut!


Dia dok tepi je tengok orang main
Still struggle nak buat peace dia 😅😅


Ni la adik bongsu aku
Dulu2 aku pun kurus cam dia ni
La ni....[maleh nak cakap....]


LOL!!

Dah dekat pukul 6 kami pun bertolak ke Changkat Jering
Nak masuk tol kat situ
Kul 7 lebih sampai dah rumah mak
Alhamdulillah.....
Malam tu semua pakat terbontang kepenatan...😅










1 comment:

Dewi Aja said...

Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...