Tuesday, July 11, 2017

RAYA KAMI YANG HIJAU

Tu dia.. lambat beno update cerita raya
Mood nak mengarang tak sampai2
La ni je baru ada mood sikit...hahahahaha

Tahun ni kami semua pakat pakai tema hijau
Asalnya nak semuanya kaler dusty green
Tapi idak le paksaan.. so pakai je le kaler hijau yang mana ada

Aku ngan gegirls pakat beli jubah je
Senang nak cari sedondon... 
cuma baju melayu Adib la kena pi beli kain
Pastu suruh la mak aku yang jahitkan..

Keluarga hijau gittew!


Pagi raya tu cam biasa la... makan2 dulu
Pastu kumpul ramai2 pastu salam2 
Kemudian baru pergi sembahyang raya

Sebabkan Wan [datuk] aku ada kat rumah mak aku
Pepagi tu adik mak aku yang duduk kat Sutera Damansara datang singgah raya 
Satu family la datang
Makin meriah la rumah mak aku..

Lepas balik sembahyang raya, baru la sesi fotoshoot
Allah... sebab semuanya beranak kecik, payahnya nak ambik gambar proper
Ada je la yang tak kena especially kekanak
Kadang orang lain dah ready, ada pulak kekanak yang nangis, pandang tempat lain...
Lantak la... janji ada gambar raya

Ni gambar kami - anak menantu cucu opah Minah
Tahun ni atok dah takde
Patut la rasa makin kurang orang lelaki...hahahahaha


Nilah gambar raya terbaik keluarga aku
Mira ni bikin spoil sungguh
Ada la benda yang dia sentap sebelum tangkap gambar tu
[Gelap sungguh si Adib ni..hehehehehe]

Inilah mak aku....
Jarang2 dapat bergambar dengan mak ni
Pasni kena tangkap gambar selalu...


Ni pulak datuk aku yang aku panggil Wan
Umurnya dah 80 tahun lebih
Tapi Alhamdulillah masih sihat & tak nyanyuk
Cuma tua2 ni sakit sana sini sikit2 tu biasalah
Dia ni ayah mak aku...

[Baru perasan persamaan kami - aku, mak & Wan, memasing dah solo.. pasangan memasing semua dah pi mengadap yang Esa..]

Bersama anak dara sulung aku
Tudung pun nak sedondon kisahnya...


Ni dengan cik gebu
Nasib masa ni mood dia ok lagi 



Ni pulak dengan anak dara bongsu


Gambar dengan Adib?????
Takde dia nak..... sibuk main game dengan sepupu dia je
Sabo je la...

Last but not least
dengan baby debab - Heliza

Pasrah je muka si Jija dalam dokongan mak long dia
Suka bau baby... wangi kan..

Lepas habis sesi bergambar
Kami ramai bergerak ke kampung Wan aku
Balik kampung la kiranya.....
Wan aku nak balik rumah dia pulak
Moh beraya ke Pantai Remis pulakkkk!











2 comments:

idzwa kamaruddin said...

;) AKU TAK BOLEH LA TGK KO.. hehehe..

Ann Ishak said...

cecantik semuanya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...