Thursday, July 20, 2017

RAYA KEEMPAT DI KUALA KANGSAR

Ni plan sebelum raya lagi
Dah pakat dengan kengkawan sekolah dulu
Nak beraya kat rumah salah seorang member kitaorang
Dia ni sangat la pandai masak
So sebab dah banyak kali tertunda plan nak pi rumah dia 
[semata2 nak makan masakan dia]
So plan terbaik adalah di musim raya la kan....
Kitaorang pun dah book dia sekian2 waktu nak pi raya rumah dia
hahahahaha.... memang dia suka sangat la bila kengkawan reramai nak datang

Aku ni pun tak pernah lagi sampai rumah dia
So aku folo la sorang member ni pergi
Kami dari Ipoh la..

Bertolak dari Ipoh dalam pukul 10.30 pagi
Sampai kat rumah dia dalam 11++... 
First time bawa anak2 beraya di Kuala Kangsar ni

Memula Adib taknak ikut sebab sepupunya ada di rumah
Tapi aku cakap nanti jangan jeles tak dapat banyak duit raya
Sebab nak jumpa ramai kawan 2 mama....
Agaknya dia fikir2 pastu baru dia nak ikut
[mata duitan jugak rupanya....hehehehehe]

Selfie dulu dalam kereta...
Parut muka Adib tu tak hilang lagi...

Sampai di rumah kawan aku ni [namanya Sabariah]
Dah ada sorang member dah sampai
Lepas kami sampai, baru la sampai 2-3 orang lagi
Kebetulan dah tengahhari, perut memang dah lapo kan
Makanan pun dah siap terhidang atas meja
Tuan rumah jamu kami makan nasi beriyani
Masya-Allah.. sedap sangat...
You are gifted for this la Sabariah!

Anak2 aku pun suka makan juga
Diaorang kata sedap

Lepas makin, cam biasa la geng2 kami ni menjoyah
Kaum2 suami sesama deme la
Kami yang pompuan ni sembang dah tak ingat suami dah...hahahaha
Pastu saling bertukar2 duit raya la pulak
Mana tak suka si Adib tu...
Pi beraya satu rumah tapi dapat 10 sampul duit  raya...
Kan mama cakap, rugi kalau tak ikut mama...😈


Sebelum balik harus la posing dulu kan
Buat kenang2an gitu

Geng2 sejoyahan..
Tuan rumahnya tu yang ke-3 dari kiri [sebelah aku tu]
Tak habis2 makan-sembang-gelak-minum
Biasa la kalau bergambar dengan anak2 ni... memang payah nak dapat gambar yang perfect
Ni pun hampir perfect la
Amira usah cerita ha..... jari tak keluar dari mulut

Sekeping lagi sebelum balik...


Sebelah tu ada pokok limau bali tau
Suami si Sabariah beria la menjolok buah limau
Elok pulak ada meja kat situ
Udah berkenduri makan limau bali fresh dari pokok pulak
[First time nengok pokok limau bali]

Kami lepak sampai pukul 2 petang kat rumah si Sabariah ni
Pastu ada member ajak pi open house kawan kami sorang lagi kat Ipoh pulak
Ingat nak pergi tapi aku ada hal pulak dengan adik aku petang tu
Maka tak sempat la nak pergi.... 

Seronok la bila time2 raya ni dapat kumpul dengan kengkawan kan
Bulan Syawal ni kan ke bulan silaturrahim
Semoga tahun2 akan dapat masih berpeluang beraya bersama.








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...