Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 20, 2018

TRAVELOG UMRAH : HUDAIBIYAH & UMRAH KE-2 (DAY 10)

Hari ni kami akan buat umrah lagi.. Umrah yang ke-3 diberi dalam pakej travel kami.
Tapi ni umrah aku yang ke-2 & umrah yang ke-4 untuk mak & adik2 aku
Tapi sebelum buat umrah kena la kita pergi niat dulu di miqat
Kali ni travel bawa kami bermiqat di Hudaibiyah pulak
[Sebelum ni dah pernah miqat di Ja'ranah , Tanaim & Bir Ali]

Seperti sebelum2 ni, lepas sarapan kami kena tunggu di bawah hotel
[di ruang menunggu bas]
Jemaah lelaki yang hendak buat umrah kena la pakai kain ihram siap2 @ bawa kain ihram untuk tukar pakaian di tempat miqat nanti


Pakcik kat belakang tu dah siap2 pakai kain ihram
Adib nanti baru dia salin di Hudaibiyah nanti


Antara pemandangan yang dapat dilihat dalam perjalanan


Bila sampai di Hudaibiyah, kami turun bas untuk solat tahiyyatul masjid. Yang lelaki akan tukar ke pakaian ihram. Tapi Masjid di Hudaibiyah ni kecil je. Tapi jemaah punya la ramai.. Agak bersesak2 juga la nak masuk. Lagi pulak kawasan solat untuk jemaah wanita kecik je.

Masa kami sampai, kalau tak silap sekali dengan jemaah dari Turki kot. Bayangkan le badan deme yang besar2 tu.. Huhu.. Jenuh nak bersesak2 masuk. Nak menyesakkan lagi kawasan, ada pulak yang meniaga kat tepi2 kaki lima tempat laluan ke pintu masjid.. elok2 boleh lalu 2 orang, dah kena lalu sorang demi sorang.. Lagi la sesak. Dah le tu, mutawif kata hanya bagi masa 20-30 minit je. Alhamdulillah walaupun pack & masa singkat, sempat juga le solat sunat di masjid tersebut.

Sebenarnya masjid yang kami solat tu bukanlah masjid hudaibiyah yang asal. Bangunan asal masjid tu ada bersebelahan masjid sekarang
Tapi yang tinggal hanyalah dinding2 masjid.. mungkin hanya dikekalkan sebagai sejarah . Tapi nampak juga ramai yang berdoa kat kawasan tersebut. Memandangkan masa masih ada, aku ajak mak melawat2 juga kawasan tu.

 Bangunan Masjid Hudaibiyah yang asal




Bergambar buat kenang-kenangan je..


Lepas naik bas, kami sama2 berniat untuk umrah & ihram.
Kami dah salin ke persalinan ihram


Pemandangan tepi highway... coklat je....😅


Antara pemandangan2 dalam perjalanan pulang ke hotel


Sesudah sampai, kami terus buat umrah. Lagipun inilah umrah kami kali terakhir sebab esoknya dah nak balik Malaysia. Semalam aku dah buat umrah untuk diri sendiri, so umrah kali ni aku niatkan untuk arwah suami aku pulak.

Kami buat umrah ber-6 je. Adik perempuan aku masih uzur sampai balik.. Takde rezeki la dia nak buat umrah.. Mungkin ada peluang lain kali pulak.
Masa buat umrah tu memang fokus la.. nak penghayatan kononnya.  Tapi tah cemana kami terpisah masa tawaf. Ustaz kata jangan fikir apa pun masa tawaf tu takut niat kita lari dari asal.. Ustaz kata apa2 hal pun tunggu habis tawaf.

Selesai tawaf, aku & Aleeya tunggu mak aku di ruangan solat. Tapi sampai sudah mak aku tak muncul2. So aku cakap kat Aleeya, kot2 opah dah ke tempat Saie, so kami teruskan je le untuk buat Saie. Masa nak buat Saie tu baru terjumpa adik aku-Angah. So kami buat Saie bertiga je.

Lepas selesai tahalul dah masuk waktu zohor. So kami pun terus solat di masjid. Lepas tu kami terus balik hotel untuk lunch. Masa kami lunch tu baru ternampak mak di restoran.. Ingatkan mak dah selesai buat umrah, rupanya mak baru settle tawaf je. Lepas lunch baru dia nak sambung buat Saie. Mak pun rupanya dah terpisah dengan Adib & Acik.. Aku pulak lepas solat zohor memang dah terpisah dengan Angah.

Sebabkan kesian kat mak buat Saie sorang2, so aku decide nak temankan mak. Walopun aku dah selesai umrah tapi aku temankan je le mak tu. So kali ni aku just jalan santai2 je la..

Disebabkan kami dah buat tawaf, boleh je terus ke tempat Saie. Tapi aku ajak juga mak aku pergi ke kaabah. Saja je nak tengok kaabah dekat2. Masa tengahhari tu orang tak berapa ramai pun buat tawaf. So kami dapat pergi ke kaabah dekat2. 

View dari tempat masuk ke dataran.

Memandangkan tak ramai orang, kami terus rapatkan diri ke dinding kaabah. Niat kalau ada peluang nak juga cium Hajarul Aswad..Tapi... tak juga kesampaian sebab ramai gila orang kat situ.. Takut lak.. Ramai juga orang berdoa meratap kat dinding Kaabah tu. Siap nangis2... Aku try pegang Kaabah.. siap tarik mak suruh sentuh Kaabah tu.... Dapat le kami pegang & sentuh kain kiswah tu.

Ingatkan nak juga selit solat sunat di Makam Ibrahim & Hijr Ismail tapi ramai sangat manusia.. So kami just tengok2 je le... Masa tengah beribadah tawaf, nak menikmati kaabah pun tak sempat sebab fokus pada doa & zikir. Time santai2 gini baru la boleh menikmati kaabah & sekitarnya. Cuma kami dapat la berdiri lama di kawasan Multazam (pintu Kaabah).. Dan doa banyak2.. Harap2 Allah makbulkan doa2 kami.




Pancuran emas dari kejauhan

Setiba di tempat Saie, mak aku teruskan dengan umrah dia. Aku cakap mak jalan je, nanti aku folo belakang..hahaha.. Walhal nak tangkap gambo

Di kawasan Bukit Safa. Yang dibalik cermin tu la batu2 asal bukit Safa



Tu dia punya la ramai orang... melaut manusia.. Walaupun ramai tapi di kawasan Saie ni  masih selesa untuk bergerak..


Alhamdulillah mak dah selesai umrah. 


Lepas tu kami balik ke hotel. Sampai je di bilik hotel.. jeng2 ni budak ni dah ada dalam bilik aku...

Dah botak....hahahaha
Kelako pulak muka si Adib...Ni dia pergi cukur dengan Pakcik dia le tu



Before and After...



Alhamdulillah semua dah selesai
Tinggal esok nak buat Tawaf Wida & bertolak pulang ke Malaysia







2 comments:

Ann Ishak said...

inshaAllah semoga dapat lagi syani dan keluarga ke tanah suci sekali lagi

OKje said...

Bila cuma meneman dapatlah santai santai ye Syani, tak delah mcm terikat gitu... Ingat nak kena ulangkaji jugaklah bab haji dan umrah ni. Tak dapat nak bayangkan lagi

Ha a lain betul muka si Adib tu....hahaha